Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 12

Tersenarai Di T-Mobile, Nama Siri iPhone 12 Didedahkan

Diterbitkan Jun 29, 2020 oleh Amalina Athman

Jika ada yang tertanya mengenai nama model iPhone 12, ini mungkin adalah jawapannya. Tersenarai di T-Mobile Netherlands, laman itu menunjukkan iPhone 12 hadir dengan empat model iaitu iPhone 12, iPhone 12 Max, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

nama iPhone 12

Keempat-empat model itu muncul dalam senarai carian aksesori dan apabila salah satu model tersebut ditanda, ia menunjukkan beberapa sarung pelindung yang tersedia untuk semua model iPhone 12.

Walaupun terdapat beberapa khabar mengenai nama siri model iPhone 12 sebelum ini, ia merupakan kali pertama peranti itu didedahkan melalui laman rasmi T-Mobile. Bagaimanapun, tidak disertakan maklumat lanjut mengenai iPhone 12.

Siri iPhone 12 bakal menampilkan paparan 5.4 inci, dua daripadanya 6.1 inci serta 6.7 inci. Terdahulu, Apple dilaporkan tidak akan menyertakan sebarang pengecasan di dalam kotak pembelian iPhone 12 serta pengecasan 20W akan dijual secara berasingan.

Sumber: T-Mobile Netherlands

Beli produk iPhone dari:
Lazada (https://invol.co/clppot)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY