Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mysejahtera (2)

Terima OTP dari MySejahtera? KKM Nafi Kebocoran Data MySejahtera

Diterbitkan Oktober 21, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sejumlah pengguna MySejahtera telah mendakwa mereka menerima SMS dan emel daripada MySejahtera yang mengandungi OTP (one-time password) walaupun mereka tidak memohonnya di aplikasi MySejahtera.

Mesej OTP yang dihantar adalah bagi mereka yang ingin mendaftarkan perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain melalui fungsi Pendaftaran MySejahtera Check-In.

Siasatan awal oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mendapati bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab telah memanipulasi API (Application Programming Interface) dengan meletakkan nombor telefon secara rawak dan jika nombor tersebut terdapat dalam pengkalan data MySejahtera, pemilik nombor telefon tersebut akan menerima OTP melalui SMS.

Begitu juga dengan emel spam yang diterima pengguna, ia juga dimasukkan secara rawak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab melalui fungsi Need Help? di MySejahtera.

KKM mengesahkan tiada unsur-unsur kebocoran data yang terdapat pada pangkalan data MySejahtera sebaliknya hanya penyalahgunaan API oleh pihak tertentu.

Sumber: KKM

Baca juga:

  • Kerajaan Dilaporkan Dalam Proses Menyelesaikan Kaedah Pembayaran Kepada Pembangun Aplikasi MySejahtera
  • MySejahtera Akan Ada Ciri Baharu Bermula Bulan Depan
  • Cara Pohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY