Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera Super App

Kerajaan Dilaporkan Dalam Proses Menyelesaikan Kaedah Pembayaran Kepada Pembangun Aplikasi MySejahtera

Diterbitkan September 21, 2021 ยท Dikemas kini September 21, 2021 oleh ariff bukhari

Menjawab persoalan yang dikemukan oleh ahli parlimen yang bertanyakan mengenai bayaran yang dikenakan untuk aplikasi MySejahtera di parlimen hari ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, sehingga kini tiada bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada syarikat pembangun sistem dan aplikasi tersebut.

Namun begitu, Kerajaan memutuskan untuk mula membayar pembangun aplikasi mudah alih MySejahtera mulai April dan seterusnya.

Kerajaan juga dilaporkan sedang dalam proses menyelesaikan kaedah pembayaran kepada syarikat pembangun aplikasi MySejahtera.

Menurut laporan oleh portal Malaysia Kini, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi mudah alih itu adalah dari syarikat tempatan iaitu KPISoft Sdn Bhd.

Turut menyumbangkan kepada perkembangan pembangunan aplikasi MySejahtera adalah Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Aplikasi MySejahtera dilancarkan pada April 2020 lalu oleh Kerajaan Malaysia.

Ia merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Sumber: Malaysia Kini

Baca juga:

  • Pengguna Dijemput Sertai Soal Selidik Berkenaan Penggunaan Aplikasi Mudah Alih Nasional

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY