Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi MySejahtera Dikemaskini, Notifikasi Akan Dihantar Kepada Pengguna Yang Positif Covid-19

MySejahtera Akan Ada Ciri Baharu Bermula Bulan Depan

Diterbitkan Oktober 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa satu ciri baharu akan ditawarkan dalam aplikasi MySejahtera bermula bulan depan.

Ciri tersebut disediakan bagi membolehkan individu memohon dos penggalak untuk memenuhi syarat negara lain termasuk bagi urusan mengerjakan umrah atau menunaikan haji.

Dengan ini, individu yang mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin yang ditetapkan Arab Saudi boleh berbuat demikian, iaitu memohon suntikan penggalak.

Dalam pada itu, Khairy turut menyatakan bahawa Malaysia masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi mengenai jenis vaksin COVID-19 agar tiada diskriminasi.

Buat pengetahuan, kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan hanya menerima empat jenis vaksin sekiranya mahu ke negara berkenaan – Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja.

Sumber: bernama

Baca juga:

  • Cara Pohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19

  • YouTube Buang Video Yang Ada Kandungan Anti-Vaksin COVID-19

  • Kenapa Anda Perlu ‘Check-out’ Selepas ‘Check-in’ Dalam Aplikasi MySejahtera?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY