Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Madani Sahari melihat projek kereta nasional ketiga ini datang pada masa yang tepat untuk melengkapkan industri automotif dengan mobiliti terhubung yang selaras dengan Revolusi Industri 4.0.
"Teknologi yang berkaitan dengan IT dan elektronik akan berkembang dengan pesat untuk menyediakan kenderaan yang sebegitu. Itu salah satu cabang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dapat dimajukan sekiranya kita ada kereta nasional.
"R&D yang kita buat sudah bagus tetapi kita perlu ke hadapan untuk membuat R&D dalam bidang mobiliti terhubung," katanya di dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel mengenai kereta nasional ketiga malam tadi.
Turut hadir adalah Pensyarah Kanan Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.
Madani menolak persepsi yang cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan projek kenderaan nasional ketiga kerana beliau kecewa dengan Proton.
"Itu hanya persepsi. Hasrat untuk mewujudkan kereta nasional ketiga ini bukanlah untuk mendapat nama semata-mata tetapi ini mendapat limpahan ekonomi dari segi kejuruteraan mahupun perkhidmatan.
"Bagi saya, perkembangan industri automotif semakin besar kerana skop pembangunan sangat besar. Ada ruang mencukupi untuk kereta nasional ketiga memainkan peranan. Sudah pasti Proton dan Perodua akan memainkan peranan mereka tapi kereta nasional ketiga akan memjadi satu lagi entiti kereta nasional negara," katanya.
-- BERNAMA
Berkaitan
- Dilaporkan 46.2 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Pencerobohan Data
- Samsung Malaysia Buka Laman Pra-Daftar Minat Siri Galaxy Note 10
- OPPO Find X Mendarat Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Berharga RM499, FreeYond F9 Rasmi Di Malaysia
- HP Perkenal Notebook Spectre X360 Di Malaysia
- Laman Pra Tempah IPhone 7 Dan IPhone 7 Plus Di Malaysia
- OPPO F5 6GB Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia - Dijual Pada Harga RM1698
- Malaysia Antara Negara Yang Dipertimbangkan Untuk Pengeluaran Produk Apple
- Harga Vivo V7+ Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan
- Realme 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Mac Ini