Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Berharga RM499, FreeYond F9 Rasmi Di Malaysia

Berharga RM499, FreeYond F9 Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan Mac 21, 2023 oleh Helmi Samsuri

Pasaran tempatan kini sedia dipenuhi dengan lambakan pelbagai model telefon pintar dari pelbagai jenama pengeluar. Kini memeriahkan lagi penawaran segmen peranti mampu milik, FreeYond tampil secara rasmi di Malaysia melalui model F9.

Dari segi spesifikasi, FreeYond F9 dilengkapi dengan tetapan dwi kamera belakang; 14MP sensor utama dan 2MP didedikasikan untuk rakaman makro. Didalamnya pula dimuatkan pilihan memori antara RAM2GB/64GB storan atau RAM 3GB/128GB storan. Peranti ini turut mempunyai keupayaan storan tambahan menerusi kad MikroSD sehingga 512GB.

FreeYond F9

Menguasakan peranti adalah cip pemprosesan UNISOC SC9863A1 bersama-sama bateri berkapasiti 5,000mAh dan akan menjalankan sistem operasi Android GO 12. Paparan pula dipasang dengan skrin berukuran 6.52 inci dengan resolusi 1600 x 720

Berkaitan

  • 'Gamer' Pasti Suka Telefon Ini, 'Gaming' Sedap Dan Sejuk
  • Telefon Terbaik Bawah RM1500 Setakat Bulan Mac 2022
  • 'Trendsetter' Yang Gagal, Ini Punca Kejatuhan LG Mobile

Bakal diniagakan pada tanda harga RM499, terdapat dua pilihan warna iaitu biru serta hitam. Sekiranya anda berminat untuk memiliki FreeYond F9, boleh dapatkannya dari kedai rasmi FreeYond di Shopee (klik sini).

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY