Beberapa jam lepas pula, saluran JerryRigEverything pula telah memuat naik sebuah video yang menggemparkan tentang OnePlus 10 Pro.
Dalam ujian ketahanan dilakukan pada OnePlus 10 Pro ini, semuanya nampak baik-baik sahaja sehinggalah Jerry bertindak untuk membengkokkannya. Pada percubaan pertama, bahagian belakangnya telah menunjukkan retak yang agak teruk dan pada percubaan kali kedua, telefon ini langsung dipatahkan dengan mudah.
Seteleh dibuka, rupa-rupanya bingkai yang digunakan telefon ini nyata tidak dibina untuk situasi ekstrem. Jika anda tonton video tersebut, satu-satunya sebab ia tidak patah di tengah-tengah adalah kerana keberadaan bateri. Maka, telefon ini terkepak betul-beul antara kamera dan kamera kerana kelompongan struktur binaannya.
OnePlus 10 Pro dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 terbaru, RAM sehingga 12GB, storan sehingga 256GB, dan bateri 5,000mAh. Kamera pula terdiri daripada 48MP utama, sudut lebar 50MP, telefoto 8MP, dan swafoto 32MP.
Dengan harga lebih RM3,000 untuk pasaran China, apakah anda teruja untuk mendapatkannya selepas ujian dilakukan Jerry?
Baca juga:
- OnePlus 10 Pro: Pengguna Global Mungkin Dapat Spesifikasi Berbeza Dari Versi China
- Perisian Gabungan OnePlus Dan OPPO Akan Hadir Setelah Android 13 Diumum
- Bateri Lithium-Ion Mencair Di Fasiliti Penyimpanan Bateri Lithium-Ion Terbesar Dunia
Berkaitan
- Netflix Kenalkan "Profile Transfer", Ini Cara Pindahkan Data Profil Lama Ke Akaun Baru
- November Ini, Kereta Perodua Boleh Ditempah Secara ‘Online’ Serendah RM100
- Wiko Bawakan Fon Putik Pula Ke Pasaran Tempatan - Wiko Buds 10
- DIZO, Jenama Baru Bawah realme Buat Promosi Di Shopee
- Beza Promosi Internet ‘Fiber’ Antara Unifi, Maxis Dan Time
- Rasmi: realme 10 Pro Coca-Cola Tiba Di Malaysia Untuk RM1399, Ini Tempat Yang Jualnya
- Kad NFC Sukar Dimiliki, Tapi TNG Buat 'Play & Win' 10 Sen Untuk Dapatkannya
- Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
- AirPods Pro 2 Dilancarkan Dengan Apple Cip H2
- Rasmi, realme 10 Pro Dan realme 10 Pro+ Bermula RM1,299 Hingga RM1,799