Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kali Ini OnePlus Melancarkan OnePlus 10 White Edition Pula Di China

Kali Ini OnePlus Melancarkan OnePlus 10 White Edition Pula Di China

Diterbitkan Februari 21, 2022 oleh Faiz Munir

OnePlus 10 Pro telah dilancarkan di China pada 11 Januari 2022 yang lalu. OnePlus memperkenalkan model kali ini berbeza daripada sebelum ini sebelumnya kerana tiada berita mengenai model biasa.

Hari ini, OnePlus telah mengumumkan OnePlus 10 Pro White Edition di China. Kali ini, ia didatangkan dengan 1 varian sahaja iaitu 12GB+256GB storan yang dijual dengan harga 5,799Yuan (~RM3831) bermula 1 Mac nanti dipasaran China.

Spesifikasi yang ditawarkan sama sahaja iaitu dijana Snapdragon 8 Gen 1, menggunakan 3 sistem kamera 50MP Sony IMX766 kamera utama, 50MP ultra lebar, 8MP kamera telefoto dan 32MP swafoto.

Kali Ini OnePlus Melancarkan OnePlus 10 White Edition Pula Di China

Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, ia menyokong pengecasan pantas 80W dan 50W pengecasan wayarles. Skrin yang digunakan pula adalah 6.78 inci AMOLED LTPO dengan kadar segar semula 120Hz dan menjalankan ColorOS 12.1 berasaskan Android 12.

Buat masa ini, OnePlus dijangka akan menanguhkan dahulu pelancaran global sehingga bulan Mac atau April ini. Namun, seperti yang kami khabarkan sebelum ini, versi global mungkin akan mendapat versi yang berlainan daripada model China.

Sumber: GizmoChina

Baca juga:

  • OnePlus 10 Pro Rasmi – Kini Dengan Snapdragon 8 Gen 1, Masih Lagi Hasselblad
  • OnePlus 10 Pro: Pengguna Global Mungkin Dapat Spesifikasi Berbeza Dari Versi China
  • Minggu Depan, realme 9 Pro+ Akan Tiba Buat Pasaran Tempatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY