Bateri Lithium-Ion Mencair Di Fasiliti Penyimpanan Bateri Lithium-Ion Terbesar Dunia

Satu insiden kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah fasiliti pusat penyimpanan bateri litium-ion terbesar di dunia yang terletak di Moss Landing, California.

Fasiliti itu dimiliki oleh salah sebuah syarikat pembekal tenaga elektrik terkemuka di Amerika Syarikat iaitu Vistra Energy.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 13 Februari lalu melibatkan 10 pek bateri lithium-ion yang berada di dalam fasiliti tersebut tetapi berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak pengurusan fasiliti itu.

Ekoran itu, pihak Vistra memaklumkan mereka sedang menyiasat insiden itu serta tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Tetapi berdasarkan siasatan awal mereka, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada air yang terkena pada bateri lithium-ion tersebut.

Ini bukanlah insiden pertama berlaku kerana dalam bulan September tahun lepas satu insiden kebakaran melibatkan kemusnahan sekitar 7,000 bateri lithium-ion dilaporkan berlaku di fasiliti berhampiran dengan insiden terbaru ini.

Seperti semua tahu, bateri lithium-ion banyak digunakan dalam pelbagai sektor industri seperti dalam telefon pintar dan mesin-mesin pertukangan.

Masalah panas melampau, pengecasan yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan kimia dalam bateri lithium-ion sehingga boleh mencetuskan kebakaran.

Apabila terbakar, bateri lithium-ion tidak pula boleh dipadam dengan mudah dan air tidak mampu memadamnya.

Sumber: Interesting Engineering

Baca juga: