Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Gabungan OnePlus Dan OPPO Akan Hadir Setelah Android 13 Diumum

Perisian Gabungan OnePlus Dan OPPO Akan Hadir Setelah Android 13 Diumum

Diterbitkan Februari 9, 2022 oleh Amsyar Latif

Seperti yang diketahui, OnePlus akhirnya sudah kembali ke pangkuan OPPO pada tahun lalu. Bukan itu sahaja, mereka juga menggabungkan kedua-dua perisian telefon pintar bagi jenama tersebut, iaitu gabungan OxygenOS dan ColorOS.

Jika mengikut perancangan, ia sepatutnya akan dilancarkan tahun ini juga dan sebelum ini dikatakan OnePlus 10 Pro yang pertama menggunakannya. Namun, ia tidak terjadi.

Walaupun OxygenOS yang terbaru sudah nampak elemen-elemen ColorOS tetapi sebenarnya ia bukan lagi perisian gabungan.

Ini kerana, laporan terbaru mendakwa bahawa perisian gabungan OxygenOS dan ColorOS ini akan dilancarkan sebaik sahaja Android 13 diumumkan kelak meskipun Android terbaharu itu belum ada versi beta lagi. Maknanya, OxygenOS+ColorOS ini adalah berasaskan Android 13.

Bagaimanapun, OnePlus 10 Pro yang baru dilancarkan tempoh hari sudah pun menjalankan ColorOS 12.1. Akan tetapi, jangan risau kerana pasaran global dijangka masih menggunakan OxygenOS 12 buat masa sekarang.

Sumber: mysmartprice

Baca juga:

  • Tak Perlu Risau, OnePlus Versi Global Tak Guna ColorOS

  • ColorOS 12 Global Rasmi, Ini Senarai Telefon OPPO Yang Terima

  • OnePlus 10 Pro: Pengguna Global Mungkin Dapat Spesifikasi Berbeza Dari Versi China

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY