Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2024-08-16 at 11.39.24 AM

iPhone Akan Gantikan Sistem VAR Di Liga Perdana Inggeris

Diterbitkan Ogos 16, 2024 · Dikemas kini Ogos 16, 2024 oleh ariff bukhari

Sitem pembantu pengadil atau lebih dikenali sebagai VAR yang digunakan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) nampaknya hanya akan tinggal kenangan.

Ia selepas EPL telah mengikat kontrak dengan sebuah syarikat bernama Genius Sports, yang akan menggunakan berpuluh-puluh iPhone yang digabungkan dengan model pembelajaran mesin untuk membantu pegawai permainan menentukan kedudukan ofsaid pemain di atas padang.

Syarikat itu memanggil teknologi pengesanan ofsaidnya sebagai “Semi-Assisted Offside Technology” (SAOT) di mana ia juga adalah sebahagian daripada sistem GeniusIQ syarikat itu.

Genius berkata teknologi SAOTnya boleh mencipta paparan 3D setiap pemain dengan tepat dan ini membantu pegawai menentukan dengan tepat di mana garis ofsaid berada di atas padang dan di mana semua pemain berada dalam hubungannya.

Jadi untuk melakukan itu, mereka memerlukan banyak kamera dan temui penyelesaiannya dengan iPhone.

“Kami beralih daripada kamera 4K yang jauh lebih mahal. Kami mahu melihat sama ada kami boleh beralih ke telefon mudah alih yang lebih luar biasa.”ketua pegawai produk, Matt Fleckenstein.

Fleckenstein berkata bahawa “kuncinya ialah menggunakan 24 hingga 28” iPhone – kebanyakannya iPhone 15 Pro – untuk mendapatkan liputan sekata pada padang dan garisan tepi, biasanya dalam pasangan pelantar tersuai yang masing-masing memegang dua telefon pada satu masa, dan bersudut sedikit berbeza untuk meliputi kawasan terlindung.

iPhone 15 Pro SSD external
iPhone berkeupayaan merakam pada kadar bingkai yang sangat tinggi – Genius merakam pada kadar 100fps tetapi telah menguji sebanyak 200fps. Semua data dihantar ke pelayan di premis untuk diproses oleh sistem GeniusIQ.

Pendekatan ini memberikan Genius “antara 7,000 dan 10,000” titik data yang membolehkannya menjana sejenis jaringan maya 3D bagi setiap pemain.

Mempunyai begitu banyak titik data bermakna butiran yang hilang daripada perkara seperti isu pencahayaan dapat ditangani.

Sistem GeniusIQ ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi semasa musim Liga Perdana 2024/25 bermula.

Sumber: The Verge, Genius Sports

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini
  • 'Pak Arab' Ini Pemegang Rekod Dunia Guinness Sambungkan Konsol Permainan Paling Banyak Di Dunia Ke TV Tunggal
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • ROG Ally Disahkan Menyokong Sistem Operasi SteamOS

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY