Tepi Sikit Google Pixel, Kini Ada Juara Baru Dalam Kategori Kamera Telefon Pintar

Google Pixel sebelum ini memegang tampuk kedudukan sebagai kamera terbaik dalam kategori telefon pintar.

Semua itu bakal berakhir apabila HTC U11 dinobatkan sebagai kamera terbaik dalam kategori yang sama.

DxOMark, sebuah entiti yang menguji peranti yang merangkumi kamera telah memberi markah sebanyak 90 mengalahkan Pixel yang mendapat markah sebanyak 89.

Mereka membuat konklusi dengan mengatakan kamera U11 mempunyai tahap noise yang rendah dengan autofocus yang cepat.

Hasil gambar juga menampakkan prestasi yang konsisten dengan pelbagai keadaan dan warna rendering yang baik.



Sumber