Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tentera China Sediakan Pelan Musnahkan Satelit Starlink Jika Menjadi Ancaman

Posted on Mei 26, 2022

Starlink merupakan satu jaringan satelit angkasa daripada Elon Musk untuk menawarkan hubungan internet percuma kepada seluruh dunia. Pada awal tahun 2022, Elon Musk mendapat kritikan besar apabila 2 satelitnya hampir bergerak terlalu rapat dengan Stesen Angkasa China.

Seorang penyelidik dari China, Ren Yuanzhen telah menerbitkan satu kajian tentang kaedah untuk melumpuhkan sesebuah unit sistem. Sistem yang dimaksudkan termasuk untuk teknologi penjejak dan pengawasan.

🚨United Nation (Vienna) received a note verbale from Permanent Mission of China about USA #SpaceX’s two StarLink satellites (No.1095&2305) close encounters w/ #Tiangong Space Station (CSS) on July 1 & Oct 21. No.2305 actively maneuvered with unknown strategy & orbit error. (1/2) pic.twitter.com/0EbU7ty9LB

— CNSA Watcher (@CNSAWatcher) December 27, 2021

Ren Yuanzhen merupakan penyelidik di Institusi Penjejakan dan Telekomunikasi Beijing di bawah PLASSF (People’s Liberation Army Strategic Support Force). Dalam kajian tersebut ada menyatakan:

“sebarang kombinasi kaedah untuk menghancurkan secara kasar atau halus harus digunakan untuk membuat sebahagian satelit Starlink hilang fungsinya dan melumpuhkan sistem operasi buruj Starlink”.

Hal ini demikian, Starlink telah mengikat kontrak tender kerajaan AS atau lebih tepat lagi, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Oleh itu, perkara ini merisaukan China bahawa satelit Starlink berpotensi untuk menggugatkan keselamatan negara.

Setakat ini, Starlink mempunyai lebih 2,600 satelit yang berfungsi sepenuhnya di orbit dan China sedang membangunkan senjata yang mampu menyasarkan satelit orbit rendah.

Tambahan lagi, China juga telah melancarkan satelit yang mempunyai fungsi yang sama seperti Starlink dengan nama StarNet.

Sumber: Unilad

Baca juga:

  • Kereta Apple Mungkin Tiada Tingkap
  • Google Semakin Hampir Mencipta AI Yang Ada Kemampuan Seperti Manusia
  • OPPO Lancar Siri OPPO Reno8 – 3 Model Diperkenalkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress