Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tengah Cari Telco Yang Sesuai? Ini Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Tengah Cari Telco Yang Sesuai? Ini Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Diterbitkan September 12, 2018 · Dikemas kini September 12, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sedang mencari telco yang bersesuai dengan tempat tinggal anda tapi tak tahu yang mana lebih bagus? OpenSignal mungkin boleh bantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

OpenSignal merupakan sebuah aplikasi yang mana anda boleh mengenalpasti liputan rangkaian mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan. Melaluinya juga anda boleh menguji kelajuan, mencari menara telco dan WiFi Hotspot yang terdekat.

Muat turun OpenSignal dari Google PlayStore atau App Store, dan setelah siap dimuat turun, buka untuk aktifkan aplikasi.Tengah Cari Telco Yang Sesuai? Ini Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Untuk menyemak liputan isyarat mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan, pergi ke simbol Coverage dibahagian kanan bawah.

Taip nama kawasan yang dikehendaki pada ruang Search Location, dan disebelah kiri pilih Show All untuk penyedia telco dan jenis rangkaian sama ada 2G, 3G atau 4G. Seperti contoh dibawah.Tengah Cari Telco Yang Sesuai? Ini Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Setelah itu, tekan View Network Stats. Paparan akan menunjukkan liputan isyarat dari penyedia yang ditawarkan dikawasan tersebut. Ia juga akan menunjukkan Download Speed, Upload Speed, Latency, dan Reliability.Tengah Cari Telco Yang Sesuai? Ini Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Tengah Cari Telco Yang Sesuai? Ini Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

  • Download Speed – Kelajuan muat turun maksimum dikawasan tersebut (lebih tinggi lebih bagus)
  • Upload Speed – Kelajuan muat naik maksimum dikawasan tersebut (lebih tinggi lebih bagus)
  • Latency – Masa yang diperlukan untuk peranti anda menghantar data ke menara telco yang terdekat (lebih rendah lebih bagus)
  • Reliability – Tahap kestabilan liputan rangkaian di kawasan terbabit (lebih tinggi lebih bagus)

Sekiranya anda terpaksa berpindah ke tempat baru dan tidak mempunyai idea bagaimana liputan dikawasan tersebut, OpenSignal boleh bantu anda.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY