Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-04-09 at 2.47.37 PM

Tencent Lancarkan Platform Jualan Permainan WeGame X Untuk Pengguna Global

Diterbitkan April 9, 2019 oleh Helmi Samsuri

Jika Steam dan Epic Games Store popular sebagai platform kita mencari permainan video bagi komputer, syarikat gergasi dari China, Tencent pula menampilkan WeGame.

Ketika diperkenalkan, ia hanya terhad untuk diakses oleh pengguna China sahaja dan terbaru, bagi penawaran yang lebih meluas, platform WeGame X berpengkalan di Hong Kong pula ditawarkan untuk pasaran global.

Screenshot 2019-04-09 at 2.47.37 PM

Awal ini, hanya 17 permainan yang disenaraikan pada WeGame X dan kebanyakkannya merupakan permainan indie dan kurang popular dalam kalangan pengguna diluar China.

Antaranya adalah Chinese Parents, My Time at Portia dan Forts sementara dibahagian Famous IP pula disenaraikan dengan penerbit seperti Deep Silver, Hello Games dan Larian Studios.

WeGame X turut memaparkan ulasan pengguna, simpanan awan dan mod luar talian untuk beberapa permainan. Jika anda mengunjungi WeGame X, ia mungkin memaparkan bahasa dengan karakter Cina dan anda boleh mengubahnya di menu bahasa bahagian atas kanan.

Buat masa sekarang ia bukanlah pesaing kepada platform seperti Steam atau yang lain-lain tetapi lebih kepada alternatif pilihan untuk pemain semua.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY