Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jejak Data Pengguna Dalam Mod Incognito, Google Berdepan Saman USD5 Bilion

Thailand, Indonesia Dan Vietnam Antara Negara Yang Meminta Google Membuang Kandungan Dari Platfom Tersebut

Diterbitkan Januari 11, 2022 · Dikemas kini Januari 12, 2022 oleh ariff bukhari

Laman analisis data Surfshark telah mengeluarkan laporan berkenaan permintaan negara-negara di dunia yang meminta Google membuang kandungan-kandungan yang ada dalam platfom mereka.

Sebab permohonan dibuat oleh negara-negara itu pula adalah berdasarkan kepada beberapa alasan seperti privasi, keselamatan negara, kandungan lucah, hak cipta, dan banyak lagi.

Data yang diperolehi Surfshark pula adalah berdasarkan kepada laporan Google Transparency Report yang diterbitkan Google.

Menurut Surfshark, Russia  adalah negara yang paling banyak meminta Google membuang kandungan dari platfom Google iaitu sebanyak 31,384 permintaan sepanjang tahun 2020 lalu.

Kebanyakkan sebab permintaan dibuat oleh negara itu adalah atas alasan keselamatan negara dan hak cipta.

Negara kedua yang paling banyak meminta Google menurunkan kandungan pula adalah negara Korea Selatan yang merekodkan sebanyak 2,397 permintaan telah dibuat sepanjang tahun 2020.

Kebanyakkan alasan permintaan dibuat oleh negara tersebut adalah atas alasan privasi dan keselamatan.

Seterusnya negara-negara yang paling banyak membuat permintaan bagi membuang kandungan dari Google sepanjang tahun 2020 lalu adalah negara India, Turki dan Brazil.

Alasan utama permintaan dibuat oleh 3 negara itu pula adalah kerana isu fitnah.

Thailand, Indonesia Dan Vietnam Antara Negara Yang Meminta Google Membuang Kandungan Dari Platfom Tersebut

Berikut pula adalah senarai 25 negara yang paling banyak meminta Google membuang kandungan-kandungan dari platfom enjin carian tersebut sepanjang 10 tahun lalu:-

Thailand, Indonesia Dan Vietnam Antara Negara Yang Meminta Google Membuang Kandungan Dari Platfom Tersebut

Dari carta di atas menunjukkan, beberapa negara Asia turut tersenarai dalam carta tersebut.

Sebagai contoh negara Thailand dan Vietnam membuat banyak permintaan dari Google bagi membuang kandungan berkaitan kritikan ke atas kerajaan negara itu.

Sumber: Surfshark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY