Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Setahun Selepas Pengenalan, Akhirnya Black Shark 4 Pro Masuk Malaysia 17 Januari

Setahun Selepas Pengenalan, Akhirnya Black Shark 4 Pro Masuk Malaysia 17 Januari

Diterbitkan Januari 11, 2022 oleh Meor Hasyim

Pada Mac 2021, Black Shark telah memperkenalkan siri Black Shark 4 di China yang mana hanya model Black Shark 4 biasa sahaja masuk di Malaysia – Black Shark 4 Pro tiada.

Kini, hampir 1 tahun sejak pengenalannya, Black Shark 4 Pro akan tiba ke pasaran Malaysia 17 Januari 2022 ini.

Berbeza dengan Black Shark 4, Black Shark 4 Pro merupakan varian lebih berkuasa dengan cip Snapdragon 888, serta sistem kamera 64MP lebih baik.

Dari segi spesifikasi lain, ia sama sahaja dengan Black Shark 4 biasa iaitu 6.67 inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Bateri pula berkapasiti 4,500mAh disertakan dengan pengecasan pantas 120W.

Namun begitu, sebenarnya ada satu lagi varian Black Shark 4S Pro yang lebih terkini tetapi Black Shark tidak memilih untuk memperkenalkan telefon ini. Tidak diketahui apakah sebabnya.

Buat masa ini, harga yang dicadangkan untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui. Jadi sama-samalah kita menunggu perasmiannya nanti.

Sumber: Facebook (Black Shark)

Baca juga:

  • Penyelidik Pasang Komputer M3 Terkecil Di Dunia Pada Siput
  • Taiwan Dapati Telefon Xiaomi Tapis Carian Pengguna Dan Hantar Data Ke Beijing
  • Berat Rangka Kepala Hampir 1 Tan, Saintis UK Temui Fosil Haiwan Prasejarah

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY