Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telenor Tinggalkan Myanmar Selepas Diarah Kerajaan Untuk Bantu Intip Pengguna

Telenor Tinggalkan Myanmar Selepas Diarah Kerajaan Untuk Bantu Intip Pengguna

Diterbitkan Februari 16, 2022 · Dikemas kini Februari 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Telenor Group beberapa bulan lalu telah membuat keputusan untuk menjual operasi mereka di Myanmar beberapa bulan selepas pengambilalihan kerajaannya oleh junta tentera.

Seperti semua maklum, syarikat telekomunikasi yang beroperasi di bawah Telenor di Malaysia ialah Digi. Tahun lalu, Axiata dan Telenor telah memeterai penjanjian untuk penggabungan Celcom dan Digi untuk operasi mereka di Malaysia.

Kini, pelabur-pelabur dalam Telenor bimbang penjualan Telenor di Myanmar akan menyebabkan data pengguna ditiriskan pada pihak kerajaan selepas diambil alih oleh syarikat yang mempunyai hubungan dengan tentera.

Hal ini kerana mereka telah menerima tekanan berterusan oleh junta tentera untuk memasang teknologi pengawasan melalui pintasan untuk memantau komunikasi rakyat Myanmar. Jika Telenor melakukannya, syarikat dari Norway ini boleh dikenakan sekatan oleh Kesatuan Eropah.

Telenor Tinggalkan Myanmar Selepas Diarah Kerajaan Untuk Bantu Intip Pengguna
Pelanggan Telenor di seluruh dunia.

Reuters pada Mei lalu mendapati penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan internet di Myanmar telah diarahkan secara rahsia beberapa bulan sebelum rampasan kuasa junta untuk memasang teknologi invasif yang membolehkan tentera bebas mencuri dengar komunikasi rakyat.

Kerajaan tentera Myanmar telah memberi restu untuk syarikat petroleum tempatan, Shwe Byain Phyu Group untuk memiliki sebahagian besar perniagaan Telenor di negara itu.

Beberapa kumpulan hak asasi manusia turut menyatakan kerisauan mereka tentang data 18 juta pelanggan di sana yang berkemungkinan jatuh ke tangan kerajaan.

“Mereka (pelabur) faham mengapa kami tinggalkan Myanmar, tapi meminta kami untuk menutup operasi dan memadam data,” kata wakil Telenor merujuk pada kekhuatiran pelabur jika data 18 juta pelanggan mereka akan diberikan pada tentera.

Telenor berkata mereka perlu patuh pada undang-undang Myanmar dalam melindungi pekerja mereka.

Wakil Storebrand, salah satu pelabur Telenor berkata “Telenor perlu menilai sama ada data pengguna yang akan dipindah kelak akan disalah guna atau tidak oleh pihak tentera melalui mana-mana pihak dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelak atau mengurangkan risiko ini.”

Terdahulu, Telenor telah mencapai kata sepakat dengan sebuah syarikat dari Lebanon, M1 Group untuk pengambilalihan operasi mereka di Myanmar namun telah ditolak oleh kerajaan Oktober lalu.

Sebaliknya, sumber mengatakan kerajaan Myanmar mahu M1 Group bekerjasama dengan Shwe Byain Phyu mengambil alih operasi Telenor dengan syarikat tempatan itu memiliki 80% pemilikan. Ia akan dinamakan sebagai Atom. Menurut sumber, Telenor tidak dimaklumkan tentang kerjasama ini.

Shwe Byain Phyu dan junta tentera bagaimanapun masih tidak memberi respons. Jika perkara ini benar-benar berlaku, maka usaha kerajaan untuk mengintip rakyat mereka akan menjadi kenyataan memandangkan kedua-dua syarikat yang mengambil alih mempunyai hubungan baik dengan junta tentera.

Dua orang pekerja Telenor memberitahu Reuters bahawa pihak berkuasa ada meminta log panggilan pihak penentang kerajaan dan lokasi terakhir mereka yang melarikan diri dan Telenor patuh pada permintaan tersebut.

Sumber: Reuters

Baca juga:

  • OpenSignal – Kelajuan Purata Muat Turun 4G Malaysia Diluar Waktu Puncak Lebih Rendah Dari Myanmar, Vietnam Dan Kemboja
  • Myanmar Sekat Facebook Buat Sementara Waktu Disebabkan Penyebaran Berita Tidak Sahih
  • Penggabungan Celcom Dengan Digi Dijangka Akan Menjana Pendapatan Sebanyak RM12.4 Bilion

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY