Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perbincangan Antara Telenor Dan Axiata Bakal Memperlihatkan Gabungan Operasi Antara Digi Dan Celcom

Penggabungan Celcom Dengan Digi Dijangka Akan Menjana Pendapatan Sebanyak RM12.4 Bilion

Diterbitkan Jun 21, 2021 · Dikemas kini Jun 21, 2021 oleh ariff bukhari

Axiata Group Bhd, Telenor Asia Pte Ltd dan Digi.Com Bhd telah pun memeterai cadangan penggabungan Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi (MergeCo).

Penggabungan 2 syarikat telekomunikasi itu sekaligus menjadikannya peneraju utama pengendali telekomunikasi di Malaysia.

Gabungan itu juga akan membentuk pelanggan mereka yang dianggarkan berjumlah 19 juta dengan pendapatan terkumpul sebanyak RM12.4 bilion,  kepada berdasarkan laporan kewangan berakhir 31 Dis, 2020.

Dalam kenyataan media bersama mereka, Celcom dan Digi akan melabur sehingga RM250 juta dalam tempoh lima tahun bagi membangunkan Pusat Inovasi bertaraf antarabangsa di Kuala Lumpur sebagai usaha untuk menjadikan Malaysia di barisan hadapan evolusi digital global.

Berkaitan status kakitangan pula, kedua-dua pihak menyatakan bahawa mereka akan melindungi kebajikan pekerja tanpa pemberhentian secara paksa.

Proses penggabungan ini dijangka lengkap pada suku kedua tahun hadapan.

Sumber: Global News Wire

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY