Awal minggu ini dunia digemparkan rampasan kuasa pihak tentera di Myanmar. Susulan daripada itu, syarikat telekomunikasi mula menyekat Facebook buat sementara waktu berikutan perintah daripada tentera.
Menurut laporan daripada reddit melalui Techcrunch, pengguna di negara tersebut tidak dapat mengakses Facebook, Messenger termasuk media sosial lain seperti Instagram dan WhatsApp.
Perintah ini dibuat kerana kerajaan mendakwa Facebook menyebabkan ketidakstabilan serta ketenteraman di Myanmar yang juga hadir daripada penyebaran berita tidak sahih.
LATEST DEVELOPMENT : New military government orders telecom companies to temporarily block Facebook as they assume the social media platform is disturbing the restoration of stability in the country. Jumping back to 2000s in three days. #myanmar pic.twitter.com/2BzUujCSfM
— Hnin Zaw (@hninyadanazaw) February 3, 2021
Malah, sebanyak 27 juta pengguna daripada lebih 50 juta penduduk di Myanmar aktif menggunakan platform ini.
Baru-baru ini juga, Facebook telah menyekat akaun yang dikaitkan dengan stesen TV Myawaddy dimana mereka telah mempromosikan tindakan tentera kepada lebih 33,000 orang sejak awal tahun 2020.
Ini bukan kali pertama Facebook disekat di negara ini kerana pada tahun 2018, mereka dituduh kerana tidak tegas dalam membendung penyebaran maklumat atau berita palsu.
Buat masa sekarang, Facebook hanya akan disekat sehingga tengah malam 7 Februari bagi memastikan situasi yang melanda Myanmar ini kembali reda.
Sumber: Reddit via Techcrunch