Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelancaran Redmi K40

Telefon Terbaru Redmi Dengan Snapdragon 888 Akan Dilancar Pada 25 Februari

Diterbitkan Februari 9, 2021 ยท Dikemas kini Februari 9, 2021 oleh Amalina Athman

Pada Januari lalu, Redmi telah mengesahkan peranti terbaru Redmi K40 dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888 akan dilancarkan tidak lama lagi.

Terkini, pihaknya mengumumkan acara pelancaran Redmi K40 akan diadakan pada 25 Februari 2021. Selain mengacah kotak bungkusan, tiada sebarang spesifikasi yang dipaparkan pada poster pelancaran yang dimuat naik di Weibo.

LU WEIBING

Walaupun begitu, Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing sebelum ini menyatakan peranti ini akan hadir dengan kapasiti bateri melebihi 4000mAh. Menariknya, beliau turut mendedahkan peranti ini akan ditawarkan pada harga bermula 2999 yuan iaitu sekitar RM1873.

Buat masa ini, belum lagi diketahui lain-lain spesifikasi yang akan dimuatkan pada peranti ini. Sehingga itu, nantikan pelancaran pada 25 Februari depan.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY