Seperti biasa, pada setiap akhir tahun kami di Wiser MY akan menyenaraikan telefon-telefon terbaik mengikut kategori masing-masing. Tahun lepas kita ada Anugerah Bintang Popular Wiser, tetapi untuk tahun ini kita pergi kepada cara yang lebih ringkas sahaja. Jadi untuk tahun ini aku akan senaraikan 5 telefon terbaik dari bajet bawah RM1000, RM1500, RM2200 dan RM3000.
Untuk artikel pertama ini, aku akan mulakan dengan bajet bawah RM1000 terlebih dahulu. Kedudukan telefon ini semuanya mengikut apa yang telefon itu mampu berikan dari segi spesifikasi dan harga yang ditawarkan.
5. realme 8 5G ( 8GB RAM + 128GB Storan ) (RM899)
Di tempat yang kelima, macam biasa kalau dalam senarai telefon bajet memang semestinya nama realme akan ada dalam senarai tersebut, betul tak? Bagi aku tahun ni tidak banyak sangat telefon yang realme keluarkan dibawah bajet rm1000. Yang paling menarik pun ialah realme narzo 30 dan realme 8 5g, tetapi selepas aku membuat penilaian antara kedua-dua telefon ini, aku berjaya membuat konklusi bahawa realme 8 5G ini lebih berbaloi dari narzo 30 kerana satu sebab sahaja, iaitu ia menyokong 5G.
Seperti korang semua tahu, 5G sekarang akan menjadi sesuatu yang sangat penting pada telefon kita dalam beberapa tahun dari sekarang ini. Jadi dengan adanya sokongan 5G pada telefon korang, ia tidak akan jadi masalah apabila 5G tersedia di negara kita kelak.
Dari segi spesifikasi, realme 8 5G mempunyai spesifikasi yang sangat tipikal untuk telefon 5G. Ia menggunakan cipset dari Mediatek iaitu Mediatek Dimensity 700. Cipset ini memang sangat popular dengan telefon-telefon 5G bawah rm1000 . Selain itu, paparan yang digunakan adalah 6.5″ (IPS) dengan kadar segar semula 90Hz. Untuk keseluruhan telefon ini ia adalah telefon yang sangat berbaloi kalau anda mencari telefon 5G dan sukakan sistem operasi Realme Ui 2.0.
Spesifikasi
- Mediatek Dimensity 700
- 8GB RAM, 128GB storan
- Skrin 6.5 inci (IPS), kadar segar semula 90Hz
- 48mp kamera utama, 2mp macro, 2mp depth
- 16mp kamera hadapan
- Bateri 5000mah ( Pengecasan pantas 18 watt )
Beli Realme 85G di Shopee : https://invol.co/cl7owj5
4. Siri Redmi Note 10/s/5g
Di tangga keempat pula, aku masukkan sebuah siri yang paling popular iaitu siri redmi note 10. Dalam siri ini ada 3 telefon iaitu Redmi note 10, note 10s dan note 10 5G. Aku masukkan ketiga-tiga telefon ini kerana tiada jawapan yang muktamad yang mana lebih berbaloi dari yang lain. Jadi untuk mudahkan kerja korang semua aku masukkan tiga telefon ini terus.
Aku mulakan dengan Redmi note 10 yang asal, dari segi spesifikasi ringkas ia menggunakan cipset dari Qualcomm iaitu Snapdragon 678, skrin 6.43″(Amoled) dengan 60Hz kadar segar semula. Secara ringkas spesifikasi redmi note 10 ini tidak menyerlah sangat dengan Snapdragon 678. Tetapi dengan skrin AMOLED ia membuatkan telefon ini menjadi sebuah pakej yang menarik, tambah lagi pengguna yang sedang mencari telefon dengan skrin yang cantik tetapi tidak kisah sangat tentang pretasi telefon mereka.
spesifikasi
- Snapadragon 678
- 4GB/6GB RAM, 64GB/128GB storan
- Skrin 6.43 inci (Amoled), kadar segar semula 60hz
- 48MP kamera utama, 8mp ultra lebar, 2mp macro dan depth
- 13mp kamera hadapan
- Bateri 5000mAh ( Pengecasan pantas 33 watt )
- Harga rm699 dan rm799
Untuk Redmi note 10s pula, ia bukan sebuah penambah baikkan yang besar dari Redmi note 10 yang asal, penambahan yang ditambah pada redmi note 10s ni adalah ia mengunakan cipset Mediatek helio G95 dimana redmi note 10 asal guna Snapdragon 678 dan kamera 48Mp. Selain itu dari segi spesifikasi lain tiada perbezaan sangat, ia menggunakan skrin dan bateri yang sama. Tapi yang pastinya Mediatek helio G95 ini jauh lebih berkuasa berbanding Snapdragon 668.
Spesifikasi
- Mediatek Helio G95
- 8GB Ram, 128GB Storan
- Skrin 6.43 inci (Amoled), kadar segar semula 60hz
- 64mp kamera utama, 8mp ultra lebar, 2mp macro dan depth
- 13mp kamera hadapan
- Bateri 5000mah ( Pengecasan Pantas 33 watt )
- Rm899
Yang terakhir ialah redmi note 10 5G. Seperti senarai aku sebelum ini, redmi note 10 5G dari segi spesifikasi ia hampir sama sahaja seperti realme 8 5G cuma harga dia lebih murah. Selain itu dia ada penurun dan penaiktarafan pada bahagian paparan. Ia menggunakan skrin bersaiz 6.5 inci jenis IPS LCD tetapi ia mempunyai kadar segar semula 90Hz. Jadi skrin dia kurang cantik sedikit kalau dibandingkan dengan AMOLED di Note 10 dan Note 10s tu tetapi untuk kompromikan paparan begitu, Xiaomi memberi kadar segar semula yang tinggi.
Untuk cipset ia meggunakan Mediatek Dimensity 700, cipset yang sama seperti Realme 8 5G jadi prestasi telefon ini sama sahaja seperti yang korang sangkakan.
Spesifikasi
- Mediatek Dimensity 700
- 8GB Ram, 128GB Storan
- Skrin 6.5 Inci (IPS), kadar segar semula 90hz
- 48mp kamera utama, 2mp macro dan depth
- 8mp kamera hadapan
- Bateri 5000mah ( Pengecasan Pantas 18 watt )
- Rm799
Beli Ketiga-tiga telefon ini di Shopee : https://invol.co/cl7own7
3. Poco M4 Pro 5G ( 4GB RAM + 64GB Storan )( RM899 ) ( 6GB RAM + 128GB Storan )(RM999)
Beralih ke tempat 3 teratas dalam senarai ini iaitu Poco m4 pro 5G. Telefon ini baru sahaja aku ulas dalam video beberapa minggu lepas, ia adalah telefon 5G yang terbaik yang korang boleh dapatkan sekarang ini di bawah harga rm1000. Dari segi spesifikasi ringkas Poco m4 Pro 5G menggunakan skrin berukuran 6.6 inci jenis IPS LCD dengan kadar segar semula 90hz. Sebagai tambahan, skrin telefon ini mempunyai fungsi dynamic switch, dimana ia akan mengubah kadar segar semula mengikut konten yang diperlihatkan.
Untuk perkakasan dalaman pula ia menggunakan cip dari Mediatek iaitu Mediatek Dimensity 810, dimana pretasi dia memang mengagumkan dari segi harga ditawarkan. Cipset ini mampu memainkan kebanyakkan game dengan tetapan tertinggi.
Satu lagi fungsi yang aku suka mengenai telefon ini adalah ia mempunyai X-axis linear motor. Dengan adanya X-axis linear motor ini korang punya maklum balas haptik rasa lebih bagus contohnya semasa anda menaip dan bermain game.
Spesifikasi
- Mediatek Dimensity 810
- 4/6GB Ram, 64/128GB Storan
- Skrin 6.6 inci (IPS), Kadar segar semula 90hz
- Fungsi Dynamic Switch
- 50mp kamera utama, 8mp kamera ultra lebar
- 16mp kamera hadapan
- Bateri 5000mah ( Pengecasan Pantas 33 watt )
Beli Poco M4 Pro 5G Disini : https://invol.co/cl7owoj
2. Poco X3 Pro ( 6GB RAM + 128GB Storan )(RM999) ( 8GB RAM + 256GB Storan )(RM1299)
Poco X3 Pro adalah definisi gaming dalam bajet, ia hadir dengan cipset taraf andalan iaitu Snapdragon 860 dan harga bawah rm1000 sahaja. Dari segi spesifikasi ringkas ia menggunakan skrin jenis IPS LCD dengan kadar segar semula 120Hz. Bateri yang agak besar iaitu 5160mah dengan pengecasan pantas 33 watt yang datang sekali dalam kotak.
Telefon ini juga mempunyai pembesar suara jenis stereo yang agak bagus dan dari segi keseluruhan tu memang sudah cukup sifat. Kalau nak cari kelemahan tu memang susah, tapi aku boleh bagi dua kelemahan yang mungkin korang akan setuju dengan aku iaitu dia punya sistem operasi iaitu MIUI 12.5 yang penuh dengan pepijat dan tiada penyokongan 5G.
Kalau korang boleh kompromi dua masalah itu, korang akan dapat sebuah telefon gaming yang sangat murah dan berkuasa. Nak main game dengan tetapan tinggi pun tiada masalah.
Spesifikasi
- Snapdragon 860
- 6/8GB Ram, 128/256GB Storan
- Skrin 6.68 inci (IPS), Kadar segar semula 120hz
- 48mp kamera utama, 8mp kamera ultra lebar, 2mp depth dan makro
- 20mp kamera hadapan
- Bateri 5160mah ( Pengecasan pantas 33 watt )
Beli Poco X3 Pro Disini : https://invol.co/cl7owoj
1. Redmi Note 10 Pro ( 6GB RAM + 128GB Storan )(RM999) ( 8GB RAM + 128GB Storan )(RM1199)
Bila kita mencari telefon bajet yang padu, semestinya korang nak harga yang berpatutan dan spesifikasi yang bagus. Tapi tahun ini, Xiaomi atau Redmi mengejutkan pasaran kelas pertengahan dengan Redmi note 10 Pro. Aku berani jamin dengan korang semua, tiada telefon yang boleh cabar telefon ni dari segi harga dan spesifikasi yang ditawarkan.
Untuk spesifikasi ringkas, telefon ini hanya menggunakan Snpadragon 730G. Walaupun cipset telefon ni agak lama sedikit, tetapi spesifkasi keseluruhan seperti pembersar suara jenis stereo dengan penyokongan Hi-res audio, kamera 108mp, skrin jenis AMOLED dengan kadar segar semula 120hz.
Jadi kalau korang semua fikir kembali, tiada satu telefon pun yang mampu menentang Redmi note 10 Pro ini. Disebabkan itulah kenapa aku nobatkan Redmi Note 10 Pro sebagai juara telefon terbaik bawah rm1000 pada tahun 2021 ini.
Spesifikasi
- Snapdragon 730G
- 6/8GB Ram, 128GB Storan
- Skrin 6.67 inci (Amoled), Kadar Segar Semula 120hz
- 108mp kamera utama, 8mp kamera ultra lebar, 5mp kamera telemakro, 2mp depth
- 16mp kamera hadapan
- Bateri 5020mah ( Pegencasan Pantas 33 watt )
Beli Redmi Note 10 Pro disini : https://invol.co/cl7own7
Jadi itu sahaja untuk senarai kali ini, kita jumpa di artikel akan datang di mana aku akan senaraikan telefon terbaik bawah RM1500 pula.
Baca Juga:
- Telefon Terbaik Bawah RM1000 Tahun 2021
- Telefon Terbaik Bawah RM1500 Tahun 2021
- Telefon Terbaik Bawah RM2200 Tahun 2021
- Telefon Terbaik Bawah RM3000 Tahun 2021