Masanya dah tiba, untuk aku senaraikan pula telefon terbaik dibawah harga RM2200. Ya, aku tahu mesti korang tertanya kenapa aku ubah segmen harga dari bawah RM2000 ke RM2200 ? Jawapan dia mudah sahaja, disebabkan tahun ini banyak telefon yang harganya dalam linkungan RM2000 seperti RM2099 dan RM2199. Jadi disebabkan itu aku naikkan sedikit bajet untuk senarai ini.
5. HONOR 50 ( 6GB RAM + 128GB Storan ) ( RM1699) ( 8GB RAM + 256GB Storan ) ( RM1999 )
Akhirnya tahun ini HONOR membuat kemunculan semula dengan telefon terbaru mereka iaitu HONOR 50, selepas beberapa tahun menhilang dari industri telefon pintar kerana kontroversi Huawei dengan Amerika Syarikat. Namun begitu, ini boleh dikatakan sebagai comeback daripada HONOR setelah keluar membawa haluan jauh dari Huawei.
Dengan itu telefon HONOR sekarang mendapat sokongan untuk Google Mobile Services (GMS). Jadi dengan itu HONOR 50 sekarang mempunyai sokongan GMS dan korang boleh muat turun semua aplikasi dari Play Store dan guna mana-mana aplikasi Google.
Dari segi spesifkasi ringkas, HONOR 50 menggunakan cipset dari Qualcomm iaitu Snapdragon 778G dan mempunyai dua jenis varian iaitu 6GB RAM + 128GB Storan dan 8GB RAM + 256GB Storan.
Untuk paparan ia menggunakan skrin jenis OLED dengan 1 Billion Colors dan mempunyai kadar segar semula 120Hz. Paparan Honor 50 ini memang cantik dan terang, tetapi ia menggunakan skrin jenis melengkung di tepi. Kalau korang benci telefon dengan skrin melengkung, HONOR 50 bukan telefon yang patut dibeli.
Selain itu, tumpuan utama bagi aku untuk HONOR 50 ini adalah keupayaan kameranya yang agak megagumkan juga untuk telefon kelas pertengahan ini. Tambah lagi dengan mod malamnya yang agak cantik.
Kenapa aku letakkan telefon ini dikedudukan kelima dalam senarai ini? Satu sebab sahaja, cip pemprosesan. Kalau bandingkan dengan model-model lain dalam senarai, cip yang digunakan padah HONOR 50 aku sifatkan sedikit lemah.
Spesifikasi
- Snapdragon 778G
- 6GB RAM/ 128GB Storan, 8GB RAM/256GB Storan
- Skrin 6.57″ (OLED) Kadar segar semula 120Hz
- 108Mp Kamera utama, 8Mp Kamera Ultra lebar, 2Mp Makro dan Depth
- 32Mp Kamera Hadapan
- Bateri 4300mAh ( Pengecasan Pantas 66 watt )
Beli Honor 50 Disini :
Shopee : https://invol.co/cl7pk3t
Lazada : https://invol.co/cl7pk4a
4. Samsung Galaxy A52S 5G ( 8GB RAM + 256GB Storan ) ( RM 1899 )
Di kedudukan yang keempat pula ialah Samsung Galaxy A52S 5G. Sebenarnya ada banyak variasi untuk siri ini iaitu Galaxy A52 dan Galaxy A52 5G, jadi ini adalah variasi yang terbaru. Dari segi spesifikasi kalau korang perasan ia hampir sama sahaja seperti Samsung Galaxy M52 5G, tetapi dari segi rekaan dan perisian Samsung Galaxy A52s 5G nampak lebih menyerlah lagi.
Dari segi spesifikasi ia menggunakan cip yang sama seperti HONOR 50 juga iaitu Snapdragon 778G. Kalau korang perasan, cip ini adalah antara cip yang paling banyak dipertaruhkan dalam kelas pertengahan.
Untuk paparan ia menggunaksan skrin jenis Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia sudah menjadi sebuah normal untuk semua telefon dengan harga begini untuk mempunyai kadar segar semula yang lebih tinggi dari 60Hz.
Tetapi satu fungsi yang jarang kita nampak pada telefon kelas pertengahan adalah kehadiran penstabilan imej optikal (OIS) pada kamera. Namun, kita dapat ciri tersebut pada model ini yang mana ia diletakkan pada lensa utama 64MP.
Banyak kelebihan OIS, contohnya boleh merakam video yang lebih stabil kerana ia akan stabilkan lensa kamera tersebut dan lagi satu mod malam nampak lebih cantik kerana tiada pergerakan yang besar apabila megambil gambar.
Spesifikasi
- Snapdragon 778
- 8GB RAM/ 256GB Storan
- Skrin 6.5″ (Super AMOLED) Kadar Segar semula 120hz
- 64Mp Kamera Utama (OIS), 12Mp Kamera ultra lebar, 5Mp Makro dan Depth
- 32Mp Kamera Hadapan
- Bateri 4500mAh ( Pengecasan pantas 25 watt )
Beli Samsung Galaxy A52S 5G : https://invol.co/cl7pk79
3. Xiaomi 11T Pro (8GB + 256GB) (RM2099) (12GB + 256GB) (RM2299)
Mesti korang terkejut kenapa aku letak Xiaomi 11T Pro di tangga ketiga? Kenapa tidak dikedudukan lebih tinggi lagi? Jawapanya mudah sahaja, ada banyak lagi telefon yang bagi aku lebih bagus lagi dari Xiaomi 11T Pro ini. Walaupun spesifikasinya mungkin adalah yang terbaik dalam senarai ini tetapi ada beberapa perkara yang membuatkan telefon ini terjatuh ke tangga ketiga sahaja.
Sebelum aku cerita kenapa aku letakkan Xiaomi 11T Pro di tangga yang ketiga, aku nak ceritakan spesifikasinya terlebih dahulu. Ia menggunakan cipset andalan tahun ini iaitu Snapdragon 888 dengan dua varian iaitu 8GB RAM + 256GB storan dan 12GB RAM + 256GB storan.
Untuk paparan ia menggunakan skrin jenis AMOLED dengan 1 billion colors dan penyokongan Dolby Vision. Ditambah lagi dengan kadar segar semula yang tinggi iaitu 120Hz. Jadi paparan Xiaomi 11T Pro ini memang antara yang terbaik korang boleh dapatkan untuk bajet bawah RM22000 ini.
Selain itu, ia juga mempunyai pembesar suara yang ditalar sendiri oleh Harman Kardon dan ada sokongan untuk Dolby Atmos. Jadi audio yang dihasilkan dari pembesar suara memang antara yang terbaik dalam lingkungan harganya.
Walaupun hadir dengan spesifikasi sedap seperti dilengkapi pembesar suara stereo, skrin AMOLED dan cip Snpadragon 888, tapi satu perkara yang sangat mengecewakan pada telefon Xiaomi tahun ini adalah perisian yang digunakan pada telefon mereka iaitu MIUI 12.5.
Sejujurnya tahun lepas MIUI 12 memang tidak banyak sangat pepijat, tetapi untuk versi 12.5 dan 12.5 enhanced edition, makin banyak pepijat muncul selepas kemas kini masuk. Jadi disebabkan itulah aku memasukkan Xiaomi 11T pro di tempat yang ketiga sahaja. Kalau MIUI tidak bermasalah seperti sekarang ini, dah lama aku masukkan telefon ini di tempat yang pertama.
Spesifikasi
- Snapdragon 888
- 8GB/12GB RAM, 256GB Storan
- Skrin 6.67″ ( AMOLED ), 1 Billion colors, Dolby vision, Kadar segar semula 120Hz
- 108mp Kamera Utama, 8Mp Kamera ultra lebar, 5Mp telemakro
- 16Mp kamera hadapan
- Bateri 5000mAh ( Pengecasan Pantas 120 watt )
Beli Xiaomi 11T Pro : https://invol.co/cl7pkpk
2. Asus Zenfone 8 (8GB + 128GB) (RM2199)
Selepas lama Asus tidak membawa masuk siri Zenfone mereka ke pasaran Malaysia, akhirnya tahun ini Asus mempertaruhkan Asus Zenfone 8. Telefon ini adalah antara telefon kompak yang korang boleh dapatkan di pasaran telefon Android selain dari iPhone 13 Mini.
Dari segi spesifikasi ia dijanakan oleh Snapdragon 888 dan datang dengan dua varian iaitu 8GB RAM, storan 128GB dan 16GB RAM, 256GB storan. Salah satu tumpuan utama untuk Asus Zenfone kalini adalah saiznya yang kecil berbandingan tawaran sedia ada lain.
Ia mempunyai skrin berukuran 5.9 inci jenis Super AMOLED dengan 120Hz kadar segar semula. Jarang sekali kita jumpa telefon-telefon bawah dari 6.0 inci, yang ada pun iPhone 12 dan 13 mini sahaja. Jadi kepada korang yang suka telefon yang kompak macam ini, Zenfone 8 ini memang sangat sesuai untuk dipertimbangkan.
Spesifikasi
- Snapdragon 888
- 8GB/16GB RAM, 128GB/256GB Storan
- Skrin 5.9″ (Super AMOLED) Kadar segar semula 120hz
- 64Mp Kamera utama, 12Mp Kamera Ultra lebar
- 12Mp Kamera Hadapan
- Bateri 4000mAh ( Pengecasan Pantas 30 watt )
Beli Asus Zenfone 8 disini : https://invol.co/cl7po4p
1. realme GT Neo 2 ( 12GB RAM + 256GB Storan ) ( RM2200 )
Di tempat pertama kalini ia tidak dipegang oleh Xiaomi ataupun Poco, kalini Realme berjaya memenangi telefon terbaik bawah RM2200. Jadi apa yang istimewa sangat pasal realme GT Neo 2?
Pertama sekali adalah spesifikasi dia yang kena dengan harga yang ditawarkan. Untuk spesifikasi ia menggunakan Snapdragon 870 datang dengan 12GB RAM dan 256GB storan. Walaupun ia menggunakan cip sedikit ke bawah berbanding Snapdragon 888, tetapi untuk penggunaan gaming dan harian tidak banyak perbezaan yang kita nampak.
Untuk paparan ia menggunakan skrin jenis AMOLED dengan 120Hz kadar segar semula. Walaupun paparannya tidak sehebat Xiaomi 11T Pro dengan fungsi seperti 1 billion colors dan Dolby vision, kebanyakkan pengguna tidak akan perasan fungsi-fungsi ini.
Tapi satu benda yang aku paling suka mengenai realme GT Neo 2 adalah sistem penyejukan yang berkuasa. Apa maksud aku disini adalah ia mengunakan sistem penyejukkan kebuk wap berasaskan keluli tahan karat.
Berdasarkan ujian yang aku jalankan pada telefon ini, sistem pelepasan habanya sangat mengagumkan. Ia mampu kekalkan suhu sekitar 40°C ke bawah sewaktu sesi gaming. Jadi kalau korang nak main game seperti Genshin Impact, PUBG Mobile dan lain-lain pada jangka masa yang lama, telefon ini memang sangat sesuai untuk dilenjan.
Spesifikasi
- Snapdragon 970
- 12GB RAM, 256GB Storan
- Skrin 6.62 inci ( AMOLED ) Kadar segar semula 120Hz
- 64Mp Kamera Utama, 8Mp Kamera Ultra Lebar, 2Mp makro
- 16Mp Kamera hadapan
- 5000mAh ( Pegencasan Pantas 66 watt )
Beli realme GT Neo 2 disini : https://invol.co/cl7pnvk
Jadi itu sahaja untuk senarai telefon terbaik bawah RM2200, jumpa di artikel seterusnya dimana aku akan senaraikan 5 Telefon terbaik bawah RM3000 tahun 2021 ini.
Baca Juga:
- Telefon Terbaik Bawah RM1000 Tahun 2021
- Telefon Terbaik Bawah RM1500 Tahun 2021
- Telefon Terbaik Bawah RM2200 Tahun 2021
- Telefon Terbaik Bawah RM3000 Tahun 2021