Selepas selesai dengan telefon bawah RM1000 kita beralih ke RM1500 pula. Ini adalah segmen harga paling kompetitif dalam pasaran telefon pintar sekarang ini. Ada banyak telefon yang bagus dalam segmen harga ini, tetapi aku hanya pilih 5 terbaik dari segi harga dan spesifikasi.
5. Xiaomi 11 Lite New Edition ( 6/8GB RAM + 128/256GB ) RM1199/RM1399/RM1599
Untuk tempat yang kelima aku berikan kepada Xiaomi 11 Lite New Edition (NE), telefon ini dari segi spesifikasi memang dah cukup lengkap. Skrin jenis AMOLED, kadar segar semula 90Hz, pembesar suara jenis stereo dan kamera 64Mp. Selain itu, telefon ini mempunyai reka bentuk yang sangat nipis. Agak megagumkan juga bagaimana Xiaomi mampu menawarkan bateri yang agak besar dengan telefon senipis ini.
Lagi satu fungsi yang jarang ada pada telefon dengan harga macam ini adalah paparan dia yang menyokong 1 billion colors. Salah satu kelebihan paparan 1 billion colors ni adalah ia mampu menghasilkan warna lebih banyak dan boleh memainkan video 10-bit.
Ikutkan aku nak letak telefon ini dalam kedudukan yang lebih tinggi, tetapi disebabkan ia menggunakan MIUI 12.5 yang korang semua dah tahu ada banyak masalah. Jadi disebabkan itu aku tepaksa letak Xiaomi 11 Lite NE ni di kedudukan yang kelima.
Spesifikasi
- Snapdragon 778G
- 6/8GB RAM, 129GB Storan
- Skrin 6.55″ (AMOLED) Kadar Segar Semula 90Hz
- Paparan jenis 1 billion colors
- 64Mp kamera utama, 8Mp kamera ultra lebar, 5Mp telemakro
- 16Mp kamera hadapan
- Bateri 4250mAh( Pengecasan pantas 33W )
Kalau anda berminat dapatkan Xiaomi 11 Lite New Edition Disini : https://invol.co/cl7p19n
4. Samsung Galaxy M52 5G ( 8GB RAM + 128Gb Storan ) ( Rm1499 )
Samsung Galaxy M52 5G adalah telefon yang paling underrated yang dikeluarkan pada tahun ini, mungkin disebabkan banyak telefon Xiaomi dan realme yang dilancarkan dengan harga yang hampir sama. Dari segi spesifikasi, telefon ini menggunakan Snapdragon 778G sama seperti Xiaomi 11 Lite NE, datang dengan satu varian sahaja iaitu 8GB ram dengan 128GB storan.
Selain itu, ia menggunakan OneUI 3.1 berasaskan Android 11 dan mempunyai bateri sebesar 5000mAh dengan pegecasan pantas 25W dalam kotak. Untuk paparan ia menggunakan paparan jenis Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Jadi untuk keseluruhan, Samsung galaxy m52 5G ini sudah cukup memadai untuk kebanyakkan pengguna.
Spesifikasi
- Snapdragon 778G
- 8GB RAM, 128GB Storan
- Skrin 6.7″ (Super AMOLED) Kadar segar semula 120Hz
- 64Mp Kamera Utama, 12Mp Kamera Ultra lebar, 5Mp Makro
- 32Mp Kamera Hadapan
- Bateri 5000mAh( Pengecasan Pantas 25W )
Boleh beli disini : https://invol.co/cl7p1a6
3. Oneplus Nord CE ( 8GB/12GB + 128GB/256GB ) ( RM1299 ) ( RM1799 )
Selepas kehadiran telefon midrange dari OnePlus iaitu OnePlus Nord 5G tahun lepas. Kini OnePlus kembali dengan dengan pengganti baru atau ayat yang lebih sesuai iaitu adik Oneplus Nord 5G iaitu Oneplus Nord Core Edition(CE). Ini adalah antara telefon pertengahan dari OnePlus yang masih lagi berpatutan untuk dimiliki buat masa sekarang ini.
Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip dari Qualcomm iaitu Snapdragon 750G dan mempunyai dua varian yang dijual dengan harga bawah RM1500. Dua varian tersebut adalah 8GB RAM dengan 128GB storan dan 12GB RAM dengan 256GB storan.
Selain itu, untuk paparan ia menggunakan skrin jenis Fluid AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz dan mempunyai bateri sebesar 4500mAh dengan pengecasan pantas 30W dalam kotak. Cuma Nord CE kehilangan ciri ikonik yang biasa kita lihat pada telefon OnePlus, alert slider. Satu perkara kegemaran aku kalau bab telefon dari Oneplus ini adalah antara muka yang bersih, kemas dan cantik. Tidak banyak aplikasi prapasang pada telefon ini yang membuatkan pengalaman penggunaan Oxygen OS rasa lebih seronok. Tak perlu susah payah buang aplikasi yang tidak digunakan.
Oneplus Nord Core Edition
Spesifikasi
- Snapdragon 750G
- 8/12GB RAM, 128/256GB Storan
- Skrin 6.43″ (Fluid AMOLED) Kadar segar semula 90Hz
- 64Mp Kamera Utama, 8Mp Kamera Ultra lebar, 2Mp Makro
- 16Mp Kamera Hadapan
- Bateri 4500mAh ( Pengecasan Pantas 30W )
Boleh beli telefon ini disini : https://invol.co/cl7p1ay
2. realme Gt Master Edition ( 8GB RAM + 128GB/256GB ) ( RM1499 ) ( RM1699 )
Di tangga yang kedua adalah realme GT Master Edition yang mana ia merupakan antara telefon realme kegemaran aku. Rekaan realme GT Master ini memang antara rekaan terbaik tambah lagi versi kulit vegan yang kelihatan cantik dan kemas. Lagi satu rasa pegang telefon ini pun sedap disebabkan ia mengunakan kemasan jenis matte.
Untuk spesifikasi ringkas ia menggunakan Snapdragon 778G sama seperti telefon Xiaomi dan Samsung sebelum ini. Di bahagian paparan ia menggunakan skrin jenis Super AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Jadi dengan gabungan cip dan kadar segar semula tinggi itu, ia membuatkan telefon ini rasa seperti menggunakan telefon kelas andalan yang sedap dan tiada sebarang masalah apabila digunakan.
Spesifikasi
- Snapdragon 778G
- 8GB RAM, 128GB/256GB Storan
- Skrin 6.43″(Fluid AMOLED) Kadar segar semula 120Hz
- 64Mp Kamera Utama, 8Mp Kamera Ultra lebar, 2Mp Makro
- 32Mp Kamera Hadapan
- Bateri 4300mAh ( Pengecasan Pantas 65W)
Boleh beli telefon disini : https://invol.co/cl7p1df
1. POCO F3 ( 6/8GB RAM + 128/256GB ) ( RM1399 ) ( RM1699 )
Bagi kategori bawah RM1500, aku sebulat suara meletakkan POCO F3 sebagai terbaik untuk tahun ini. POCO F3 antara telefon yang diklasifikasikan sebagai pembunuh andalan, flagship killer.
Spesifikasi yang ditawarkan dari POCO F3 ini memang menyerlah kalau nak dibandingkan dengan telefon-telefon lain yang mempunyai harga sama. Ia dijana oleh Snapdragon 870 iaitu cip pemprosesan tahun ini, ia lemah sedikit berbanding Snapdragon 888. Walaupun begitu ia masih lagi berkuasa untuk penggunaan harian dan gaming.
Dari segi, paparan ia menggunakan skrin jenis AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz dan mempunyai 360Hz kadar input sentuh. Jadi paparan dia memang berkualiti dan sedap untuk digunakan. Cuma sistem operasi dia agak menghampakan sedikit disebabkan ia menggunakan MIUI 12.5 yang macam korang semua tahu, banyak pepijat.
Kalau anda tidak kisah tentang masalah dengan sistem antara muka telefon ini, POCO F3 ni adalah telefon terbaik yang korang boleh dapatkan dibawah RM1500.
Spesifikasi
- Snapdragon 870
- 6/8GB RAM, 128/256GB Storan
- Skrin 6.67″(AMOLED) Kadar segar semula 120hz
- 48mp kamera utama, 8mp kamera ultra lebar, 5mp telemakro
- 20mp kamera hadapan
- Bateri 4520mAh ( Pegencasan Pantas 33W)
Korang boleh beli poco f3 disini : https://invol.co/cl7p1ea
Jadi itu adalah senarai 5 telefon terbaik bawah RM1500 yang korang boleh dapatkan untuk tahun 2021 ini. Kita jumpa di artikel seterusnya dimana aku senaraikan 5 telefon terbaik bawah rm2200.
Baca Juga:
- Telefon Terbaik Bawah RM1000 Tahun 2021
- Telefon Terbaik Bawah RM1500 Tahun 2021
- Telefon Terbaik Bawah RM2200 Tahun 2021
- Telefon Terbaik Bawah RM3000 Tahun 2021