Telefon ‘Struggle’ Nak Ambil Gambar Malam? Ini Solusinya

Menangkap gambar pada waktu malam atau di kawasan kurang cahaya adalah satu tugasan yang sukar untuk dikendalikan oleh sesebuah peranti disebabkan beberapa faktor.

Antara faktor utamanya adalah sistem perisian pemprosesan sesebuah peranti itu. Hal ini disebabkan oleh kamera telefon pintar memerlukan perisian untuk meningkatkan kualiti gambar low-light.



Selain itu, sesetengah telefon pintar kelas pertengahan dan ke bawah tidak menyokong ciri OIS. Di mana sebenarnya, ciri ini tersangatlah penting untuk mengurangkan kabur ketika menangkap gambar terutamanya dalam situasi kurang cahaya.

Di samping 2 faktor di atas, perkara-perkara lain yang perlu diambil kira adalah saiz sensor, apertur, julat dinamik (dynamic range) yang disokong, kelajuan shutter dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda, aspek tersebut juga menentukan kualiti hasil gambar dalam mod tangkapan yang lain seperti potret, ultra-lebar, gambar siang dan zum.

Oleh itu, anda perlu mencari sebuah telefon pintar yang bukan sahaja menyokong ciri OIS, tetapi juga mempunyai pengalaman dan perisian pemprosesan cahaya rendah untuk mendapatkan kualiti gambar malam yang cantik.

Namun, ada ke peranti begitu? Ada mestilah ada, memperkenalkan vivo V29 5G - solusi sebenar bagi mendapatkan hasil gambar malam yang cantik.

Ini Solusi Paling Mudah


vivo V29 5G merupakan kemasukan baharu dalam siri vivo V yang hadir dengan pelbagai ciri terbaik untuk mendapatkan hasil gambar malam yang berkualiti.



Peranti ini dilengkapi sensor kamera 50MP OIS Ultra-Sensing yang akan sentiasa memastikan pengalaman anda menangkap gambar kekal stabil tanpa sebarang masalah gegaran dan kabur.



Menariknya lagi, pengalaman vivo yang lama dalam industri fotografi telefon pintar terutamanya pada siri vivo V ini menjaminkan kualiti gambar yang jelas, seimbang, cantik dan berkualiti.

Tambahan lagi, vivo V29 5G ini mempunyai Aura Light 2.0 yang dinaik taraf daripada siri sebelum ini yang mana saiznya lebih besar dan lebih pintar.



Aura Light 2.0 sangat memudahkan pengguna untuk menangkap gambar malam yang cantik. Hal ini demikian kerana kepekatan Aura Light 2.0 dapat diselaraskan mengikut kehadiran cahaya yang dalam frame melalui teknologi AI, Aura Portrait 2.0.



Oleh itu, gambar-gambar yang dapat dihasilkan seperti di atas adalah lebih natural, seimbang, dan sangat cantik. Selain itu, kualiti potret malam yang diberikan V29 5G juga dapat menyerlahkan lagi suasana dan vibe malam itu.

Tetapi, pembaharuan paling menarik yang ditawarkan vivo pada V29 5G ini adalah ciri Smart Color Temperature Adjustment pada Aura Light 2.0 ini.

Ciri ini memanfaatkan teknologi AI di mana Aura Light 2.0 ini boleh menukarkan warnanya mengikut kesesuaian cahaya dan persekitaran seperti tona sejuk atau hangat. Peranti ini dapat menyeimbangkan kehadiran cahaya yang ada dalam frame kamera.



Sebelum ini, Aura Light pada siri terdahulu hanya menyokong cahaya putih sahaja. Jadi, ciri ini sangat memudahkan, sesuai dan praktikal apabila kita mengambil gambar di konsert, karnival, pameran dan banyak lagi.

Dan tidak lupa juga bahawa Aura Light 2.0 ini boleh diakses secara manual oleh pengguna sendiri. Jadi kita boleh memilih warna cahaya yang mana sesuai mengikut pilihan hati sendiri.

Melalui ciri Aura Light 2.0 ini, vivo telah membawa barisan peranti siri V mereka ini ke tahap lebih tinggi berbanding pesaing-pesaing yang lain dalam kelasnya.

Secara tidak langsung, kita tidak perlu lagi bergantung kepada aksesori cahaya tambahan untuk mendapatkan kualiti gambar yang menarik. Dan pada masa yang sama, vivo V29 5G memastikan kecantikan hasil gambar yang diberikan itu terjamin.

Rekaan Cantik Setanding Dengan Prestasi Kamera




vivo V29 5G hadir dalam pilihan warna Starry Purple dan vivo memperhalusi rekaan tersebut disebalik panel kaca peranti ini. Oleh sebab itu, kita dapat sebuah peranti yang memberikan satu elemen dan estetik yang elegan dan premium.

Selain itu, kita dapat melihat satu kesan berkilauan pada peranti ini apabila ia digerak-gerakkan. Hal ini demikian kerana vivo mendakwa rekaan V29 5G ini diinspirasikan daripada bintang-bintang yang berkelipan di angkasa.

Dan sejujurnya, ia adalah satu padanan yang sangat sesuai - rekaan Starry Purple yang elegan dengan prestasi Aura Light 2.0 pada waktu malam. Ini membuatkan vivo V29 5G sepadan dengan pelbagai pilihan gaya dan busana si penggunanya.



Di samping itu, peranti ini hadir dalam satu binaan setaraf kelas andalan (flagship) melalui skrin AMOLED lengkung dan ketebalan senipis 7.46mm sahaja. Yang mana ia terasa selesa, tegap dan premium apabila berada dalam genggaman kita.

Jadi, berapa pula harganya?

Harga & Ketersediaan


Untuk sebuah peranti dengan prestasi kamera malam paling kompetitif dalam rekaan yang amat menawan dalam kelasnya, vivo V29 5G ini dijual pada harga permulaan RM1,899 sahaja untuk variasi 12GB/256GB, RM2,099 pula untuk 12GB/512GB dan tidak lupa juga pengecasan pantas FlashCharge 80W.



 

Pratempah sekarang kerana anda akan dapat hadiah eksklusif menarik yang bernilai hingga RM995 - waranti tambahan vivo Care (RM199), 1 tahun perlindungan skrin vivo Care (RM399), TWS Earbuds (RM259), Screen Protector dan Protective Cover vivo V29 5G (RM69 + RM69).

Yang paling menarik, 20 orang terawal dalam barisan di Stor Konsep vivo pada 28 September nanti akan mendapatkan naik taraf storan secara percuma sahaja.

Promosi-promosi ini tersedia untuk anda nikmati di stor-stor konsep seperti di bawah ini:

  • vivo Concept Store KL East Mall

  • vivo concept store Gurney Plaza

  • vivo concept store KL Midvalley

  • vivo sales and service centre Johor Midvalley Southkey

  • vivo flagship store Pavilion KL

  • vivo concept store Sunway Pyramid


Jadi apa tunggu lagi, klik pautan INI untuk dapatkan vivo V29 5G.

 

** Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia