Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar Terbaru Nokia 3.2 Kini Di Malaysia

Telefon Pintar Terbaru Nokia 3.2 Kini Di Malaysia

Diterbitkan Jun 10, 2019 oleh ariff bukhari

Telefon pintar mampu milik terbaru dari Nokia.

HMD Global pada Mei lepas telah pun mengumumkan kehadiran model terbaru telefon pintar Nokia bagi kategori peranti mampu milik untuk pasaran Malaysia iaitu Nokia 3.2.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 429 (Quad-core 1.8 GHz), RAM 3GB, storan berkapasiti 32GB serta skrin HD+ bersaiz 6.26″ (720×1520). Ia juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4000mAh serta menggunakan sistem operasi Android Pie 9.0.

Telefon Pintar Terbaru Nokia 3.2 Kini Di Malaysia
Nokia 3.2 menyokong storan kad SD berkapasiti sehingga 400GB.

Mengambil manfaat daripada kelebihan ciri Adaptive Battery  yang diperkenalkan dalam Android Pie 9.0, ia membolehkan peranti ini menguruskan penggunaan tenaga dengan lebih bijak dengan adanya inovasi perisian kecerdasan buatan (AI) terbina dalam Android Pie yang mampu menguruskan aplikasi di belakang tabir dengan lebih efisyen.

Sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga bateri pada peranti tersebut yang membolehkan ia beroperasi sehingga 48 jam dengan sekali cas sahaja. Selain itu ia juga turut dilengkapi dengan ciri teknologi imbasan wajah serta cap jari bagi menjamin keselamatan data di dalam peranti tersebut.

Pihak Nokia juga memberi jaminan bahawa Nokia 3.2 akan menerima kemaskini keselamatan secara bulanan serta naik taraf kepada versi Android terbaru untuk tempoh 2 tahun. Menjadikan peranti tersebut sentiasa releven dan menyokong aplikasi-aplikasi terkini pada masa akan datang.

Telefon pintar Nokia 3.2 ini hanya berharga RM499 sahaja dan sudah pun berada di pusat-pusat jualan sah Nokia di seluruh Malaysia sejak 24 Mei yang lalu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY