Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar E4 Plus Yang Motorola Kata Mampu Bertahan Dalam 2 Hari

Telefon Pintar E4 Plus Yang Motorola Kata Mampu Bertahan Dalam 2 Hari

Diterbitkan Jun 13, 2017 oleh Wiser MY

Motorola yang dimiliki oleh Lenovo telah mengeluarkan telefon pintar pengenalan E4 dan e4 Plus.

Motorola telah menambah baik versi E mereka dari yang terdahulu bagi mengemaskini versi E mereka.

Perubahan ketara ialah dengan memperkenalkan versi E Plus yang lebih besar dari segi paparan dan juga bateri.

Bateri untuk versi biasa ialah 2,800 mAh manakala untuk versi Plus pula ialah 5,000 mAh.

Untuk versi Plus, pihak Motorola telah membuat dakwaan yang peranti itu boleh bertahan selama 2 hari tanpa pengecasan.

Namun perkara itu masih lagi boleh dipertikaikan kerana tidak diberitahu bagaimana penggunaan peranti itu dalam 2 hari tersebut.

Walau bagaimanapun, kedua-dua versi mempunyai teknologi rapid charging yang membuatkan mereka boleh dicaj dengan cepat.

Kedua-dua versi peranti diperbuat daripada jenis besi sesuai dengan harga jualan yang disasarkan untuk kumpulan pengenalan.

Untuk spesifikasi pula adalah seperti berikut:

Motorola E4

  • 1.4 GHz quad-core processor
  • 2 GB RAM
  • 16 GB ROM dengan ruang simpanan SD
  • 8-MP kamera belakang, 5-MP kamera depan
  • Android Nougat 7
  • Harga jualan = RM 560

Motorola E4 Plus

  • 1.4 GHz quad-core processor
  • 4 GB RAM
  • 16 GB ROM dengan ruang simpanan SD
  • 13-MP kamera belakang, 5-MP kamera depan
  • Android Nougat 7
  • Harga jualan = RM 770

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY