Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Mudah Alih Tanpa Bateri Pertama – Kuasa Dijana Dari Isyarat Radio

Telefon Mudah Alih Tanpa Bateri Pertama – Kuasa Dijana Dari Isyarat Radio

Diterbitkan Julai 31, 2017 oleh Helmi Samsuri

Agak payah untuk memikirkan bagaimana sesebuah telefon mudah alih berfungsi tanpa menggunakan bateri. Hal ini kerana, bateri merupakan satu komponen penting dalam menyalurkan tenaga kepada peranti untuk terus kekal berfungsi.

Baru-baru ini, satu kajian telah berjaya mencipta sebuah telefon mudah alih yang pertama tanpa janaan kuasa bateri. Telefon mudah alih berkenaan merupakan hasil ciptaan bersama sepasukan…

  • saintis, dan
  • jurutera elektrik

…dari University of Washington. Menurut salah seorang saintis yang terlibat, Dr. Shyam Gollakota, mereka percaya telefon mudah alih yang berjaya dicipta itu merupakan peranti pertama yang menggunakan hampir sifar kuasa. Ia menggunakan kuasa isyarat radio Ambient dan cahaya.

Beliau dan pasukan pengkaji telah membuang satu proses yang mana ia sering kali menggunakan lebih kuasa dalam transmisi mudah alih. Proses itu adalah menukar isyarat analog kepada data digital yang difahami telefon.

Telefon mudah alih tanpa bateri ini hanya menggunakan 2 hingga 3 mikrowatt dan apabila berada dalam lingkungan stesen pangkalan, ia boleh menyerap gelombang radio yang akan diubah suai dan seterusnya memberi kuasa yang cukup untuk mengangkat panggilan.

Telefon ini juga boleh menghantar isyarat ke stesen melalui kombinasi pantulan isyarat gelombang radio dan denyutan elektromagnetik yang dijana dari getaran diafragma telefon ketika suara melalui mikrofon.

Disebabkan ia tidak mampu untuk memberi dan menerima isyarat dalam masa yang sama, pengguna perlu menekan lama butang untuk membuat panggilan. Mirip kepada penggunaan walki-talkie.

 

Jika ia menggunakan hampir sifar kuasa, sudah pasti tiada aplikasi dan sistem yang “berat” mampu beroperasi dalam telefon ini. Tetapi ia merupakan idea menarik, dan mungkin suatu hari nanti telefon pintar tanpa bateri akan dipasarkan.

Sumber: Sci & News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY