Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Milik Peguam Negara Dan Beberapa Menteri Dilapor Telah Digodam

Telefon Milik Peguam Negara Dan Beberapa Menteri Dilapor Telah Digodam

Diterbitkan April 30, 2019 oleh Helmi Samsuri

Beberapa telefon bimbit milik individu penting seperti peguam negara, pegawai kanan kerajaan termasuk menteri dilaporkan telah digodam pada minggu lepas.

Mengungkap laporan The Edge Market, perkara itu disahkan oleh Cawangan Khas dimana laporan polis mengenainya telah dibuat.

Berikutan dari kejadian godaman tersebut, laporan turut menyatakan peguam negara, Tommy Thomas, tidak lagi menggunakan nombor telefon lama dan sudah bertukar kepada nombor yang baru.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi laporan Bernama pula memandang serius isu godam ini dan meluahkan kebimbangan perkara ‘classified’ (rahsia) dikongsikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Difahamkan juga SKMM akan membuat kajian terperinci bagaimana isu tersebut boleh berlaku.

Sumber: The Edge Market dan Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY