Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KLIA pengecaman wajah

Teknologi Pengecaman Wajah Akan Gantikan Pas Masuk Untuk Pengesahan Penumpang Di KLIA

Diterbitkan Januari 19, 2021 oleh Amalina Athman

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini akan dilengkapi teknologi pengecaman wajah tidak lama lagi. Dokumen perjalanan fizikal seperti tiket penerbangan dan pas masuk untuk pengesahan penumpang di KLIA akan digantikan dengan pelaksanaan fasa pertama inisiatif Single Token Journey.

Inisiatif ini akan memanfaatkan teknologi pengecaman wajah untuk pengesahan biometrik penumpang. Proses pengesahan pula dijangka akan mengambil masa sekitar 5 saat bagi setiap penumpang.

Sementara itu, fasa pertama teknologi ini dijangka akan siap pada separuh pertama 2021 di mana 50 kiosk daftar masuk sendiri, 20 kaunter daftar masuk dan 56 pintu masuk di pusat pemeriksaan keselamatan dan pintu masuk di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA akan dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, selain mengurangkan masa pemprosesan di lapangan terbang, ia juga mampu meningkatkan keselamatan penumpang dengan memberi pengalaman tanpa sentuhan bersesuaian dengan norma baharu.

Dalam pada itu, teknologi ini juga akan diitegrasikan dalam aplikasi MYairports di mana penumpang boleh mendaftar pengesahan wajah sebelum tiba di lapangan terbang.

Sumber: Malaysia Airports

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY