Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Internet satelit wide

Teknologi Laser NASA Catat Rekod 200 Gbps Dalam Transmisi Data

Diterbitkan Jun 16, 2023 · Dikemas kini Jun 16, 2023 oleh Firdaus

Kebanyakan satelit bergantung kepada frekuensi radio untuk penghantaran data dan komunikasi. Walaupun teknologi itu diterima sebelum ini, tetapi ia tetap mengehadkan jumlah data yang boleh dihantar ke Bumi.

Oleh itu, pasukan penyelidik daripada NASA dan MIT bertekad untuk menyelesaikan batu penghalang itu.

Teknologi Laser NASA Catat Rekod 200 Gbps Dalam Transmisi Data

Baru-baru ini, satelit Pathfinder Technology Demonstrator 3 (PTD-3) NASA berjaya memecah rekod dengan mencapai kelajuan 200 Gbps dalam menghantar data ke Bumi dari orbit Bumi rendah.

Untuk pengetahuan anda, kelajuan tersebut adalah 1000 kali ganda lebih pantas daripada sistem komunikasi yang sedia ada. Pada Jun lepas, PTD-3 mencatatkan kelajuan penghantaran data pada paras 100 Gbps.

satelit roket india singapura

Dan selepas setahun, paras tersebut telah berjaya digandakan. Satelit PTD-3 dilancarkan pada tahun 2022 melalui roket Falcon 9 milik SpaceX.

Satelit itu menggunakan sistem TeraByte InfraRed Delivery (TBIRD) sebagai platform transmisi data. Sistem itu menggunakan teknologi laser inframerah untuk menghantarkan datanya.

TBIRD juga mampu mempertingkatkan penghantaran data dari bulan dalam misi Artemis nanti.

Berkaitan

  • Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari
  • ANGKASA-X Bakal Lancar Satelit Pada 27 Jun 2023
  • Syarikat China Bakal Kilangkan Bateri Kereta Elektrik Dengan Hayat Sehingga 130 Tahun
  • Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Supernova Dalam Galaksi Sejauh 21 Juta Tahun Cahaya
  • Menteri MOSTI Lancar Troli Beli-Belah Pintar Dan Berteknologi Tinggi

Sumber: extremetech

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY