Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Supernova Dalam Galaksi Sejauh 21 Juta Tahun Cahaya

Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Supernova Dalam Galaksi Sejauh 21 Juta Tahun Cahaya

Diterbitkan Jun 7, 2023 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, pada 24 Mei 2023 lepas, sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi telah berjaya merakam imej supernova terbaru yang dinamakan sebagai SN 2023ixf.

Supernova (bintang yang menjadi sangat terang disebabkan berlakunya ledakan yang menghamburkan jisimnya) itu telah ditemui oleh ahli astronomi Jepun bernama Koichi Itagaki pada 19 Mei 2023.

SN 2023ixf yang terletak berdekatan dengan NGC5461 berlaku dalam Galaksi Pinwheel juga dikenali sebagai Messier 101 (M101) yang terletak kira-kira 21 juta tahun cahaya dari galaksi kita,

(Tahun cahaya – jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 10^15 meter.).

SN 2023ixf

MYSA berkata, penemuan ini sebagai suatu yang  amat luar biasa kerana SN 2023ixf merupakan supernova yang paling hampir yang direkodkan dalam tempoh 5 tahun.

Supernova kedua terdekat ditemui dalam tempoh 10 tahun dan turut merupakan supernova kedua yang ditemui dalam Galaksi Pinwheel M101 dalam tempoh 15 tahun.

Pemerhatian melalui spektrum cahaya telah menunjukkan bahawa SN 2023ixf merupakan supernova Jenis II, iaitu letupan yang berlaku selepas sebuah bintang besar kehabisan bahan api nuklear dan meruntuh.

(suggest)

Sumber: MYSA, NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Pengeluar Bateri EV Terbesar Dunia Lancar Bateri Berketumpatan Hampir 2x Ganda Dari Tesla
  • Samsung Galaxy S22 Jadi Telefon Pintar Standard Pertama Buat Panggilan Melalui Satelit
  • Bluetooth Sambungkan Otak Dan Tulang Belakang, Lelaki Lumpuh Kembali Berjalan

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY