Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Menteri MOSTI Lancar Troli Beli-Belah Pintar Dan Berteknologi Tinggi

Menteri MOSTI Lancar Troli Beli-Belah Pintar Dan Berteknologi Tinggi

Diterbitkan Jun 14, 2023 · Dikemas kini Jun 14, 2023 oleh ariff bukhari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Chang Lih Kang telah melancarkan troli beli-belah pintar dan berteknologi tinggi yang dikenali sebagai ‘EzyCart‘.

Troli itu merupakan contoh hasil inovasi tempatan dalam era Revolusi Industri ke-4.

EzyCart dibangunkan oleh NanoMalaysia Berhad, sebuah agensi di bawah MOSTI dengan kerjasama Retailetics Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia penyelesaian automasi runcit berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Menteri MOSTI Lancar Troli Beli-Belah Pintar Dan Berteknologi Tinggi

NanoMalaysia juga memastikan permukaan troli EzyCart sentiasa bersih dengan adanya bahan antibakteria yang berasaskan teknologi nano.

EzyCart menawarkan pengalaman membeli belah secara peribadi dan dibangunkan berpandukan maklum balas daripada para pembeli dan peruncit.

Troli beli-belah pintar ini dilengkapi dengan perisian yang dioptimumkan untuk pengumpulan data serta analisis yang lancar dan telah melangkah ke fasa percubaan di beberapa pasar raya, termasuklah Pasar Raya Redtick di Shaftsbury Square, Cyberjaya.

Menteri MOSTI Lancar Troli Beli-Belah Pintar Dan Berteknologi Tinggi

Pembangunan teknologi AI di EzyCart menggunakan ciri-ciri kemajuan teknologi nano seperti dalam sektor semikonduktor yang membolehkan pemprosesan dibuat dengan lebih pantas.

EzyCart menampilkan sistem pengesahan produk 3 titik termasuk pengimbas kod bar, pengesahan berat dan muatan barangan, serta teknologi pembelajaran mendalam dengan gabungan sensor yang mengoptimumkan penyelesaian pemprosesan terkini berasaskan teknologi nano.

Pembeli akan dapat merasai pengalaman baru membeli-belah dengan skrin pada troli yang memaparkan maklumat produk, promosi dalam kedai dan pilihan untuk membuat pembayaran terus atas troli yang digunakan.

Menteri MOSTI Lancar Troli Beli-Belah Pintar Dan Berteknologi Tinggi

Ciri-ciri canggih ini membolehkan pembeli membuat pembelian dengan proses pembayaran yang mudah. Tiada lagi keperluan beratur di kaunter untuk membuat bayaran.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Syarat Dilonggarkan, Jana Pendapatan Di YouTube Akan Jadi Lebih Mudah
  • Kecerdasan Buatan Menambah Lagi Bahana Sedia Ada - PBB

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY