Teknologi Ear Field Sensing - Jawab Panggilan Hanya Dengan Senyuman.

Kita tak lama lagi bakal dihidangkan dengan teknologi baru yang membenarkan anda menjawab panggilan hanya dengan senyuman atau kejipan mata. Beberapa orang saintis sedang menjalankan pembinaan teknologi yang dimuatkan ke dalam fon telinga, boleh mengesan pergerakan raut wajah untuk mengawal telefon pintar.

Saintis dari Fraunhofer Institute for Computer Graphics Research IGD di Restock Germany menggunakan teknologi yang diberi nama EarFieldSensing (EarFS).

Namun, terdapat perkara yang masih lagi dalam kajian dan percubaan kerana banyak aspek yang perlu di ambil berat kerana raut wajah kita akan sentiasa bergerak seperti ketika bersin dan batuk. Ketika ini sudah terdapat beberapa peranti prototaip seperti topeng dan kaca mata yang mampu mengenalpasti pergerakkan wajah dan mengawal telefon pintar tetapi rekaannya sangat hodoh.



Jadi mereka mahu mengimplementasikan tekonologi EarFS ini dengan menggunakan fon telinga. Fon telinga ini akan dapat mengecam pergerakkan otot telinga semasa raut wajah atau kepala bergerak.

Menurut Denys Metthies, salah seorang saintis dari Fraunhofer IGD "Cabaran yang dihadapi ketika ini adalah setiap pergerakkan muka walau sekecil mana sekalipun akan memberi signal kepada fon telinga tersebut". " Untuk menyelesaikan masalah ini, beberapa penambahbaikkan terhadap penerimaan signal di cuping telinga akan dimuatkan supaya rakaman signal akan lebih tepat" tambahnya lagi.

Melalui tekonolgi EarFS ini, anda juga bukan sahaja boleh menjawab panggilan telefon, malah mengawal pemain musik atau membuka aplikasi di telefon pintar anda. Teknologi ini dilihat sangat berguna terutamanya semasa memandu.

Namun pada pandangan kami, jawab panggilan melalui fon telinga dengan sentuhan tangan sudah memadai pada ketika ini. Sangat menarik untuk melihat bagaimana teknologi ini akan dipraktikkan di peranti pada masa akan datang.

Sumber: indianexpress