Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meminati iPhone X Dan Huawei P20 Pro Twillight? Motorola Ada Peranti Yang Sesuai Untuk Anda

Tarikan iPhone Semakin Merosot, Pengguna Kini Lebih Tertarik Kepada Peranti Android

Diterbitkan Mei 30, 2019 ยท Dikemas kini Mei 30, 2019 oleh ariff bukhari

Lebih ramai pengguna merancang untuk membeli peranti Andorid berbanding iPhone.

Satu kaji selidik telah dijalankan oleh UBS terhadap 8000 pengguna telefon pintar dari 6 buah negara. Pengguna-pengguna yang terlibat dalam kaji selidik tersebut adalah terdiri daripada pengguna di negara Amerika Syarikat, United Kingdom, China, German, Jepun dan India.

Hasil daripada kaji selidik tersebut UBS mendapati, ramai pengguna telefon pintar akan terus menggunakan telefon pintar yang mereka sedia guna ketika ini. Dalam tempoh 12 bulan akan datang, tidak ramai dikalangan responden bercadang untuk membeli telefon pintar yang baru.

Ini memberikan gambaran awal yang kurang menyenangkan kepada para pengeluar telefon pintar. Terutamanya kepada Apple, pengeluar telefon pintar iPhone.

Ini kerana, lebih ramai responden yang terlibat dalam kaji selidik tersebut menyatakan bahawa mereka lebih berminat untuk membeli telefon pintar Android berbanding iPhone. Ini bukan sahaja respon dari pengguna di negara China sahaja, tetapi juga pengguna di negara Amerika sendiri.

Ini mungkin ada kena mengena dari kesan pengharaman telefon pintar Huawei oleh A.S.

Selain itu, perang perdagangan antara kerajaan China dan A.S juga telah menyebabkan status Apple sebagai jenama yang diyakini di negara China juga turut menurun dengan mendadak.

Malah tidak setakat itu, ramai dikalangan responden berpendapat produk-produk Apple kini bukan lagi sesuatu yang unik dan begitu istimewa untuk dimiliki.

 

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY