Tahukah anda, salah seorang saintis yang terlibat dalam penemuan lohong hitam tersebut adalah berasal dari Malaysia? Ya, Dr. Kevin Koay Jun Yi yang berasal dari P.Pinang adalah salah seorang daripada pasukan saintis yang terlibat.
Beliau yang berusia 37 tahun terlibat dalam projek Event Horizon Telescope(EHT) yang membolehkan tangkapan imej pertama lohong hitam tersebut dibuat baru-baru ini.
Dr. Koay mula terbabit selepas menyertai Academia Sinica Institute of Astronomy and Astrophysics (ASIAA) yang berpusat di Taiwan pada tahun 2016 sebagai postdoctoral fellow.
Menurut star2.com, beliau dijemput untuk menyertai pasukan berkenaan berdasarkan latar belakangnya dan pengalaman yang dimiliki dalam bidang radio astronomi.
Dr. Koay juga adalah merupakan salah seorang daripada 20 ahli pasukan yang terawal menyaksikan imej lohong hitam tersebut. Menurutnya, projek ini melibatkan lebih kurang 200 ahli secara keseluruhan di peringkat antarabangsa.
Beliau kini memegang ijazah kedoktoran daripada International Centre for Radio Astronomy Research, Curtin University. Dr.Koay juga adalah merupakan bekas pelajar di MMU, Cyberjaya.
Sumber: Cyberjayacity star2.com Channel News Asia
Berkaitan
- Huawei Nova 3i Kini Sudah Boleh Nikmati Teknologi GPU Turbo
- Hyper Boost - Teknologi Untuk Mempertingkan Keupayaan & Prestasi Peranti Dari OPPO
- "Sekat Kami Dan China Akan Menjadi Perintis Bagi Teknologi 5G" - Huawei
- Betul Ke Teknologi AI Dapat Mempelajari Tingkah Laku Pengguna? Ini Jawapan Yang Diberikan Oleh Pihak Honor
- Google Mahu Gantikan Tugas Pekerja Pusat Panggilan Dengan Teknologi AI
- Samsung Berdepan Kerugian Sehingga RM 24.14 Billion Disebabkan Penjualan Teknologi Skrin
- New York Membenarkan Ujian Teknologi Kereta Pandu Sendiri Selama 1 Tahun
- Huawei Dihalang Daripada Membekalkan Teknologi 5G Ke Australia
- Ticketmaster Ingin Bangunkan Teknologi Pengesahan Wajah Bagi Menggantikan Sistem Tiket
- Teknologi Baru Ini Membolehkan Anda Kongsi Bateri Peranti Anda Dengan Peranti Lain