Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tangan Robot ini Dapat Membantu Anda Merasai Objek Di Dalam VR

Tangan Robot ini Dapat Membantu Anda Merasai Objek Di Dalam VR

Diterbitkan Mei 23, 2017 · Dikemas kini Mei 23, 2017 oleh Haikel Areff

Peranti VR seperti HTC Vive dan Oculuc Rift membolehkan pengguna berinteraksi dengan sesuatu objek di dalam VR tersebut. Pengguna boleh melihat diri mereka sendiri berada di dalam kawasan atau ruang maya namun sehingga kini pengguna masih tidak mampu merasai pengalaman sentuhan di dunia maya.

Tangan Robot ini Dapat Membantu Anda Merasai Objek Di Dalam VR

Syarikat dari China, Dexta Robotics mahu mengubah dunia VR secara menyeluruh dengan mencipta sebuah sarung tangan robot yang diberi nama Dexmo.

Tangan Robot ini Dapat Membantu Anda Merasai Objek Di Dalam VR

Dexmo ini mampu memberi respon kepada tangan pengguna seperti memegang pistol atau objek di dalam permainan VR. Pengguna juga mampu merasai sendiri gegaran senapang semasa menekan picu, merasai saiz dan bentuk sesebuah objek.

Tangan Robot ini Dapat Membantu Anda Merasai Objek Di Dalam VR

Dexmo adalah sebuah peranti wireless dan direka dengan rekaan yang ringan. Ianya tidakkan akan meletihkan tangan anda semasa bermain menggunakan VR. Dexmo mempunyai sensor di jari yang disambungkan ke lengan. Dilihat seakan-akan tangan robot dalam filem Terminator.

Dexmo kini sedang berada di fasa prototaip dan percubaan, belum dilancarkan secara rasmi. Sudah tentu para peminat VR tertunggu tunggu untuk mendapatkan Dexmo yang ternyata dapat mengubah dunia VR secara menyeluruh dari segi konsep dan pengalaman menggunakan VR.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY