Tandas Di Jepun Sediakan Tisu Khas Untuk Mencuci Skrin Telefon

Lapangan Terbang Narita di Tokyo kini menyediakan tisu khas untuk mencuci skrin telefon di dalam setiap 86 tandas yang disediakan.



Kempen ini dipelopori oleh syarikat telekomunikasi Jepun iaitu NTT Docomo melalui satu video yang dimuat naik oleh mereka sendiri di laman Youtube.

Dalam video ini, mereka juga memberi penerangan tentang bagaimana pengguna menggunakan tandas di Jepun dengan betul, seperti cara mencangkung dan sebagainya. Kelakar, tapi ianya penting untuk anda ambil tahu jika anda melancong ke Jepun.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=HWje_E6xqEs[/embed]

Kebelakangan ini, ramai pelancong yang berkongsikan gambar mereka di Twitter tentang penyediaan tisu skrin telefon ini walaupun kempen ini sudah dijalankan pada bulan Disember yang lepas.





Rata-rata pengunjung luar memuji dan berasa teruja dengan langkah yang diketengahkan ini. Ianya juga memberi satu kesedaran kepada pengguna yang menggunakan telefon pintar di dalam tandas tentang kebersihan.

Di laman YouTube mereka, NTT Docomo memetik tentang skrin telefon pintar membawa lima kali jumlah kuman daripada tempat duduk tandas.

Tempat duduk tandas mungkin membawa tiga jenis bakteria, tetapi telefon boleh membawa antara 10 hingga 12 jenis - termasuk E.coli dan bakteria kotor, menurut laporan dari BuzzFeed.

Tisu tersebut boleh dibuang terus ke dalam mangkuk tandas selepas digunakan. Kempen ini akan berakhir pada 15 Mac 2017.

#OnlyInJapan

Sumber: NTT Docomo (Youtube)