Kaji selidik yang disertai oleh 1,665 orang dewasa ini menandakan 75% daripada mereka mahukan bateri yang lebih tahan lama untuk peranti iPhone. Ianya nampak relevan kerana bateri iPhone yang ada kini agak sukar untuk bertahan selama satu hari.
Perkara kedua yang paling dimahukan oleh pengguna iPhone(66%) ialah gelas skrin yang lebih kukuh. Mereka mendakwa gelas skrin yang digunakan hari ini mudah retak dan lebih teruk lagi, kos gantian panel skrin adalah agak mahal.
Sokongan simpanan tambahan pula menjadi pilihan 44% daripada responden yang terlibat. Perkara ini tidak disediakan oleh Apple dan menjadi salah satu kekurangan mereka berbanding pesaing-pesaing lain.
Menyempurnakan senarai pembaharuan yang dimahukan oleh pemilik iPhone ialah sokongan bicu audia dikembalikan(37%), penggunaan USB Type-C bagi menggantikan Lightning(29%), FaceID yang lebih baik(19%) dan refresh rate yang lebih pantas(18%).
Apple dijadualkan akan merasmikan peranti iPhone terbaru mereka pada 12 September ini. Mungkinkah ada luahan daripada pengguna iPhone dalam kaji selidik ini akan yang didengari oleh pihak Apple? Sama-sama kita nantikan.
Sumber
Berkaitan
- Apple mahu menguasai pasaran di China
- Digi Tawar Pra-Tempahan Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober Ini
- Samsung Sekali Lagi Terlihat Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone
- Palam Kuasa Pengecasan iPhone Dengan Sambungan USB Type-C Tertiris
- Vivo Sekali Lagi Mencontohi Oppo Dalam Menyelesaikan Masalah Takuk
- Snapdragon 855 Dan Paparan 120Hz Dwi-Takuk Mengiringi Pengumuman Sharp Aquos R3
- Rekaan Tertiris Oppo R17 Didedahkan, Hadir Dengan Takuk Kecil & Warna Gradient
- Huawei Sindir Apple & Samsung Berkenaan Tuduhan Sengaja Perlahankan Model Lama
- Lenovo Z5 - Sebuah Lagi Peranti Dengan Rekaan Takuk, Berbeza Dengan Imej Teaser Sebelum Ini
- Saiz Takuk Pixel 3 XL Besar & Tidak Cantik? Ini Alasan Google