Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tak Tahu Makan Apa Bila Di Sunway Pyramid? ‘Makan Wheel’ Penyelesaiannya

Tak Tahu Makan Apa Bila Di Sunway Pyramid? ‘Makan Wheel’ Penyelesaiannya

Diterbitkan Disember 4, 2023 oleh Amal Addin

‘Makan Wheel’ merupakan laman sesawang khusus yang dibina untuk pengunjung Sunway Piramid. Laman sesawang ini dapat memberi cadangan kepada pengunjung sekiranya mereka tidak tahu hendak makan apa mengikut citarasa masing-masing.

Caranya sama ada anda pergi ke laman sesawang menggunakan telefon atau pergi ke papan direktori maklumat digital yang terdapat di pusat membeli-belah. Kemudian tekan butang ‘Makan Wheel’ di bahagian bawah skrin.

Seterusnya anda perlu menjawab beberapa soalan yang diajukan dan putarkan roda tersebut. Papan roda akan berhenti berputar setelah restoran dipilh berdasarkan jawapan anda.

Untuk lebih jelas, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah:

1. Buka ‘Makan Wheel’ sama ada pada peranti anda atau pada papan direktori yang terdapat di Sunway Piramid dan tekan ‘start’.

WhatsApp Image 2023-12-04 at 11.58.43

2. Anda perlu pilih sama ada apa-apa jenis makanan atau yang halal dan ‘pork free’ dan tekan ‘next’.

WhatsApp Image 2023-12-04 at 11.58.44

3. Anda perlu memilih jenis masakan yang anda inginkan sama ada snack, local, western, fast food, asian & japanese atau cafe. Anda juga boleh memilih makanan untuk kanak-kanak.  Kemudian, tekan ‘spin the wheel’.

WhatsApp Image 2023-12-04 at 11.58.44 (1)

4. Roda tersebut akan berpusing dan memberikan cadangan kedai mengikut jawapan yang anda berikan. Anda boleh tekan ‘view shop’ untuk mengetahui serba sedikit tentang kedai dan di mana kedudukannya.

WhatsApp Image 2023-12-04 at 11.58.44 (2)
WhatsApp Image 2023-12-04 at 11.58.44 (3)
WhatsApp Image 2023-12-04 at 11.58.45
WhatsApp Image 2023-12-04 at 11.58.45 (1)

Untuk dapat gambaran lebih jelas, anda boleh layari laman web Sunway Piramid. Diharapkan pusat membeli-belah lain boleh mewujudkan perkara yang sama untuk memudahkan para pengunjung.

Hal ini kerana, semua sedia maklum bahawa kedai makan dalam satu-satu pusat membeli-belah tersebut ada banyak. Jadi, dengan adanya platform seperti ini pastinya akan beri kemudahan kepada pengunjung sekali gus dapat menjamin kesetiaan dalam diri pengunjung.

Berkaitan

  • Ini Perbandingan e-Dompet Yang Lebih Berbaloi Tebus Kredit RM100 eMADANI
  • Mechamato Bakal Masuk PUBG Mobile
  • Ini 5 Aplikasi Dan Permainan Terbaik 2023 Di Google Play Store
  • MCMC Tak Berhasrat Untuk Sekat Tiktok Shop Di Malaysia
  • Ini Sebabnya Kredit eMADANI Hanya Boleh Guna Untuk Pembelian Luar Talian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY