Ini 5 Aplikasi Dan Permainan Terbaik 2023 Di Google Play Store

2023 sudah di penghujung dengan 2024 hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi bakal tiba. Untuk meraikan tahun 2023, Google telah menamakan pemenang Anugerah Terbaik 2023 Google Play.

Jadi, berikut adalah 5 Aplikasi Terbaik Google Play 2023 termasuklah permainan terbaik pilihan Google:-

1.  Imprint: Learn Visually


Imprint: Learn Visually berkongsi pelajaran bersaiz kecil yang menggunakan penceritaan visual untuk menghidupkan konsep.

Pengguna boleh meneroka dunia psikologi, sejarah, kesihatan, teknologi dan banyak lagi dengan cara yang serba baharu menerusi aplikasi ini.



Imprint: Learn Visually boleh dimuat turun secara percuma.

2. Honkai: Star Rail


Aplikasi permainan fiksyen sains ini dinobatkan sebagai permainan keseluruhan terbaik di Google Play tahun ini. Ia menawarkan kandungan yang sangat baik, visual yang menakjubkan dan reka bentuk yang bernas.

Menggunakan kisah-kisah sejarah dan watak sepanjang permainan, Honkai: Star Rail menyampaikan hiburan berkekalan untuk peminat permainan peranan dan pendatang baru.

Mut turun Honkai: Star Rail sekarang.



https://youtu.be/w8vPZrMFiZ4?si=cf49H_pvhdLCz1or

3. Concepts: Sketch, Note, Draw


Fikir, rancang & cipta – Concepts ialah apliksi ruang kerja kreatif berasaskan vektor yang fleksibel/pad lakaran di mana anda boleh membawa idea anda daripada konsep kepada realiti.

Concepts membayangkan semula peringkat idea – menawarkan ruang kerja yang selamat dan dinamik untuk meneroka idea anda, menyusun pemikiran anda, bereksperimen dengan dan mengulang reka bentuk sebelum berkongsinya dengan rakan, pelanggan dan aplikasi lain.



Concepts: Sketch, Note, Draw adalah percuma untuk dimuat turun dan ia dinobatkan sebagai aplikasi terbaik Google Play 2023 untuk peranti tablet.


4. Farlight 84


Aplikasi permainan ini dinobatkan sebagai permainan berbilang pemain (multiplayer) terbaik Google Play 2023.

Farlight 84 ialah Hero Battle Royale yang pantas. Mereka yang terselamat yang dijemput ke Isle City akan memasuki dunia futuristik pada tahun 2084 dan mengalami perlawanan Battle Royale dengan sehingga 60 pemain.

Selain itu, berbanding permainan Hero Shooter Battle Royale tradisional, Farlight 84 membawakan anda pertempuran yang lebih pantas dengan kekacauan dan amuk yang lebih padat.

https://youtu.be/OGudj7-oZo4?si=yptD8q98Q1XN3Fsu

Dimuat turun lebih 10 juta kali, Farlight 84 boleh dimuat turun secara percuma di sini.

5. Character AI: AI-Powered Chat


Character AI: AI-Powered Chat dipilih Google sebagai aplikasi kecerdasan buatan (AI) terbaik untuk Google Play 2023.

Anda mungkin mengatakan pengguna ChatGPT mendapat jawapan yang mereka inginkan dalam masa yang lebih singkat, yang boleh menjadikannya lebih berharga bagi pencari yang berdedikasi.



Character.AI mempunyai personaliti yang lebih suka bermain, dengan chatbots yang menjawab dalam suara selebriti, tokoh sejarah dan watak fiksyen, menjadikannya kurang cekap tetapi lebih menarik bagi mereka yang menikmati gayanya.



Character AI: AI-Powered Chat telah dimuat turun lebih 5 juta kali yang boleh dipasang ke dalam peranti anda secara percuma.

Untuk melihat senarai selebihnya aplikasi-aplikasi terbaik Google Play 2023, layari laman Google Blog.

{suggest}