Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tak Sangka, ‘Sayang’ Antara Kata Laluan Yang Kerap Digunakan Di Malaysia

Posted on November 30, 2021

Sebelum ini, kami ada berkongsikan data daripada NordPass yang mana memaparkan 200 kata laluan yang kerap digunakan pada tahun ini.

Secara global, ‘123456’ adalah yang masih lagi menjadi pilihan walaupun saban tahun kes pencerobohan data sering terjadi.

Namun, di Malaysia sendiri apa kurangnya. Kata laluan ‘123456’ pun menjadi yang pertama dalam senarai yang kerap digunapakai. Malah, agak diluar kotak pemikiran apabila ‘sayang’ pun masuk dalam ‘carta’ ini.

Berikut adalah 20 kata laluan yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia pada tahun 2021:

  1. 123456
  2. 12345679
  3. 12345
  4. hotmail123
  5. abc123
  6. 12345678
  7. password
  8. 1234567890
  9. sayang
  10. 1234567
  11. abcd1234
  12. 1234
  13. qwerty
  14. abcde12345
  15. 654321
  16. 123abc
  17. 987654321
  18. iloveu
  19. 112233
  20. qwe123

Melihat kepada senarai tersebut, nampaknya masih terdapat lagi rakyat Malaysia yang tidak cakna terhadap kepentingan kata laluan yang baik.

Tidak kira akaun media sosial atau apa-apa akaun sekalipun, elakkan menggunakan kata laluan yang cukup mudah untuk diteka.

Hal ini kerana sekiranya salah satu akaun diceroboh pihak tidak bertanggungjawab, akaun anda yang lain juga berkemungkinan dalam bahaya.

Jadi, siapa yang ingin dipersalahkan sekiranya akaun anda ‘digodam’?

Oleh yang demikian, kami menasihatkan anda untuk cipta sebuah kata laluan lebih kuat dan sekiranya boleh, setiap akaun mempunyai kata laluan unik dan berbeza.

Jika susah untuk mengingat, anda boleh menggunakan perkhidmatan pengurusan kata laluan seperti 1Password, bitwarden atau lain-lain. Selain itu, pastikan setiap akaun anda juga mengaktifkan pengesahan dwi-faktor (2FA). Ini dapat mengelakkan akaun anda dilog masuk sewenang-wenangnya.

Sumber: nordpass

Foto utama: security intelligence

Baca juga:

  • Guna Cara Ini Untuk Dapat Diskaun 10% Bayaran Bulanan PTPTN

  • Adakah Orang Malaysia Senang Kena Tipu Dengan e-Mel Palsu?

  • Cara Pindahkan Kata Laluan Daripada Chrome ke Safari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress