Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
diskaun ptptn

Guna Cara Ini Untuk Dapat Diskaun 10% Bayaran Bulanan PTPTN

Diterbitkan November 25, 2021 oleh Amsyar Latif

Kebanyakan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti pasti membuat pinjaman dari PTPTN. Sudah meminjam, harus membayar semula selepas tamat pengajian.

Oleh itu, SSPN-i Plus berkongsikan bahawa mana-mana peminjam boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% setiap bulan dengan menggunakan potongan debit.

Jadi, ikuti langkah di bawah untuk mengaktifkannya.

Pertama sekali, tekan pautan INI untuk log masuk. Disarankan anda menggunakan pelayar mozilla firefox untuk pengalaman lebih lancar di desktop atau komputer riba.

ptptn 1

Di sini, pilih penyata baki pada bahagian menu.

ptptn 2

Seterusnya, tekan pendaftaran untuk debit terus. Kemudian, masukkan maklumat serta jumlah bayaran dan hubungkan (link) dengan bank.

ptptn 3
ptptn 4
ptptn 5
ptptn 6

Selesai hubungkan bermakna anda telah berjaya. Sedikit peringatan, diskaun bayaran 10% ini tertakluk sehingga bulan April tahun 2022 sahaja.

Sekiranya anda ada masalah untuk log masuk seperti terlupa kata laluan, boleh hubungi pegawai PTPTN di pautan INI.

Sumber: SSPN-i Plus

Baca juga:

  • Ini Antara Telefon Yang Pernah Digunakan James Bond

  • 5 Custom ROM Android Paling Popular

  • Cara Menyembunyikan Status Whastapp Daripada Individu Tertentu

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY