Lambakan ratusan kata laluan yang perlu diingat pastinya menyukarkan kehidupan anda untuk mengingat semua kata laluan tersebut.
Bukan sekadar untuk mengingat sahaja tetapi juga untuk mencipta kata laluan yang baru juga menjadi sukar.
Itulah antara punca kepada berlakunya penggunaan kata laluan yang sama berulang kali.
Sekaligus menyebabkan akaundan data pengguna mudah dicerobohi akibat daripada penggunaan kata laluan yang lemah dan sama pada semua platfom.
Jadi di sini dikongsikan 5 aplikasi terbaik yang dapat membantu anda mengurus segala kata laluan untuk pelbagai urusan.
1. LastPass
LastPass merupakan salah satu aplikasi pengurusan kata laluan paling popular ketika ini.
Fleksibiliti serta pelbagai ciri menarik yang ada menjadikannya pilihan pengguna.
LastPass boleh digunakan secara percuma tanpa had dengan beberapa ciri menarik. Tetapi anda masih boleh menggunakan ciri-ciri menariknya termasuklah menyimpan kata laluan, mencipta kata laluan baru, mengurus akaun bank, kad kredit dan nota.
Tetapi jika anda ingin menggunakan segala ciri yang ada, LastPass Premium ditawarkan pada harga RM149.00 setahun.
2. Robo Form
Robo Form juga menawarkan servis pengurusan kata laluan percuma yang boleh digunakan dipelbagai platfom termasuklah Windows, Mac, iOS dan Android.
Antara ciri-ciri utama Robo Form termasuklah penginkripan kata laluan, log masuk tanpa had, mengurus bookmarks laman sesawang dan lain-lain.
Bagi menggunakan kesemua ciri-ciri lain Robo Form, anda boleh melanggan servis tersebut yang berharga dari USD23.88/tahun.
3. Bitwarden
Bitwarden adalah satu lagi aplikasi mengurus kata laluan yang anda patut cuba.
Antara ciri utama yang ada dalam servis Bitwarden adalah akses ke semua aplikasi Bitwarden, log masuk tanpa had untuk semua akaun, ciri pengesahan 2 faktor serta sokongan kesemua peranti.
Terdapat sebanyak 19 ciri utama ditawarkan dalam servis Bitwarden. Tetapi untuk menggunakan kesemua ciri tersebut anda perlu melanggannya mengikut plan yang ditawarkan iaitu Pelan Premium berharga USD10/tahun atau Families berharga USD40/tahun.
4. Zoho
Satu lagi servis pengurusan kata laluan yang boleh anda cuba dan percuma selamanya adalah Zoho.
Antara servis utama Zoho menawarkan storan kata laluan tanpa had, log masuk automatik, akses offline, import dan eksport kata laluan, boleh di akses menerusi peranti Android dan iOS, extension bagi pelayar dan banyak lagi.
Jadi bagi pengguna individu, ciri-ciri yang ditawarkan secara percuma ini pastinya sudah memadai bagi anda.
Walaubagaimanapun, jika itu masih tidak memadai anda boleh melanggan servis Zoho yang berharga dari USD1/bulan.
Kesimpulan
4 Servis mengurus kata laluan yang dicadangkan di sini boleh diakses secara percuma tanpa ada limitasi penggunaan.
Jadi anda boleh gunakannya sampai bila-bila dengan ciri-ciri terhad. Tetapi bagi sebahagian besar dari kita pastinya ciri-ciri tersebut sudah memadai bagi mereka.
Masih terdapat banyak lagi servis urus kata laluan yang ditawarkan dari pelbagai syarikat seperti Kaspersky Password Manager, 1 Password dan banyak lagi.
Walaubagaimanapun mereka tidak menawarkan servis percuma tanpa had kepada pengguna.
Memilih servis percuma atau berbayar untuk mengurus kata laluan anda adalah bergantung kepada keperluan anda.
Apa yang penting adalah dengan adanya platfom servis kata laluan, anda tidak lagi pening untuk mengingati pelbagai kata laluan akaun-akaun anda. Cukup hanya mengingati satu kata laluan utama bagi mengurus semua kata laluan tersebut.
Semoga bermanfaat.