Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ronaldo youtube

Tak Sampai 24 Jam, YouTube Cristiano Ronaldo Kini Miliki 15 Juta Pengikut

Diterbitkan Ogos 22, 2024 · Dikemas kini Ogos 22, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin masih ada yang belum tahu, pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sudah pun membuka saluran YouTube sendiri hari ini.

Malah tak lama selepas dilancarkan dengan 19 video yang dimuat naik (termasuk Shorts), pemain bola sepak itu telah menerima Butang Emas dari YouTube untuk salurannya itu selepas mencapai sebanyak 1 juta pengikut YouTube hanya dalam masa 1 jam selepas dilancarkan.

Setakat artikel ini ditulis, saluran YouTube UR. Cristiano sudah miliki sebanyak 15 juta pengikut.

Daripada 19 video yang dimuat naik, video bertajuk “Discover EVERYTHING about us. Who will win?” adalah paling banyak ditonton dengan 10 juta tontonan hanya selepas 17 jam ia dimuat naik.

Ketika ini, saluran YouTube yang mempunyai pengikut paling ramai di dunia adalah saluran YouTube MrBeast dengan 311 juta pengikut.

Jadi, adakah saluran YouTube UR. Cristiano ini akan mampu memecahkan rekod tersebut?

Kalau berjaya, ia bukan sahaja akan memecahkan rekod itu tetapi juga akan menjadi saluran YouTube yang paling pantas memiliki pengikut paling ramai di dunia.

Cristiano Ronaldo sememangnya bukan sahaja popular di atas padang tetapi juga di platform media sosial.

Beliau kini merupakan pemilik akaun Instagram yang miliki pengikut paling ramai di dunia yang berjumlah 636 juta pengikut.

Berkaitan

  • Cristiano Ronaldo Lancar 'Game' Bola Sepak Percuma Untuk Xbox Dan PS 4/5
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Black Myth: Wukong Kini Jadi Permainan Kedua Paling Tinggi Dimainkan Di Steam
  • Gen Z Di AS Tidak Lagi Memandang Tesla Sebagai Jenama Yang "Cool" - Kajian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY