Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
black myth: wukong

Black Myth: Wukong Kini Jadi Permainan Kedua Paling Tinggi Dimainkan Di Steam

Diterbitkan Ogos 21, 2024 oleh Amsyar Latif

Mungkin apabila anda menatal media sosial sekarang, akan ada yang berkongsikan atau sedang membuat strim secara langsung permainan Black Myth: Wukong. Permainan bergenre aksi RPG yang dibangunkan studio China — Game Science dilihat berjaya menambat hati pemain dunia.

Ini kerana, sejak ia dilancarkan 20 Ogos 2024, ia sudah menyaksikan jumlah pemain yang sangat ramai dalam masa satu hari di platform Steam, iaitu 1,443,570. Tidak terhenti di situ, jumlahnya terus mencanak naik dengan 2,223,179 pemain sepanjang masa. (setakat artikel ini ditulis)

Screenshot 2024-08-21 at 2.50.51 PM

Melaluinya, ia sekali gus menjadikan Black Myth: Wukong permainan kedua tertinggi paling banyak dimainkan di Steam dan mengatasi Palworld dan Counter-Strike 2.

Walau bagaimanapun, adakah ia boleh mengatasi PUBG: Battlegrounds?

Setakat ini, PUBG: Battlegrounds merekodkan jumlah paling tinggi pemain sepanjang zaman, iaitu 3,257,248. Satu jumlah sangat tinggi dan mungkin sukar untuk dikalahkan permainan lain.

Screenshot 2024-08-21 at 2.50.57 PM

Black Myth: Wukong merupakan permainan berjudul AAA atau kita boleh anggap sebagai andalan (flagship) yang dilancarkan bukan sahaja PC, tetapi juga PlayStation 5 serta Xbox Series X|S.

Permainan tersebut juga membuktikan kepada pembangun di luar sana yang mana permainan berlandaskan penceritaan atau single-player belum mati dan gamer sentiasa menginginkan permainan sebegini.

Berkaitan

  • PlayStation VR2 Kini Boleh Diguna Di PC, Tetapi Ada 'Syarat' Yang Perlu Dipenuhi
  • Tak Perlu Konsol, Anda Kini Boleh Main Terus 'Game' Xbox Guna Amazon Fire TV
  • Dah Boleh Guna ShopeePay Di PlayStation Store
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini
  • Rasmi, Epic Games Kini Ditawar Di Peranti Android, Ini Cara Dapatkannya

Sumber: steamdb

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY