Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cristiano Ronaldo Lancar ‘Game’ Bola Sepak Percuma Untuk Xbox Dan PS 4/5

Cristiano Ronaldo Lancar ‘Game’ Bola Sepak Percuma Untuk Xbox Dan PS 4/5

Diterbitkan Jun 13, 2024 oleh ariff bukhari

Satu permainan simulasi bola sepak baharu yang dijangka akan bersaing dengan francais terkenal EAFC dan eFootball, telah dilancarkan oleh Cristiano Ronaldo.

Dikenali sebagai UFL, permainan yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Strikerz Inc itu akan boleh dimainkan secara percuma di mana mod permainan dalam talian hanya akan memadankan pemain dengan lawan yang memiliki tahap kemahiran yang sama sahaja.

Menurut IGN, bahagian “fair to play” akan berlangsung sepanjang tahun dan akan termasuk promosi. Kemudian, pada penghujungnya, seorang individu akan dinobatkan sebagai juara UFL.

Untuk menjadikan keadaan lebih mengujakan, Ronaldo yang merupakan pelabur dalam permainan ini telah mengeluarkan rakaman treler permainan tersebut dan turut mengumumkannya di akaun X rasmi beliau.

Treler permainan baharu itu menunjukkan rupa Unreal Engine, keserupaan pemain, menu dalam permainan, pilihan penyesuaian dan pengesahan bahawa UFL akan tiba tahun ini untuk konsol  Xbox Series X/S, Xbox One, PS5 dan PS4.

Sebagai sebahagian daripada peranannya sebagai pelabur, Ronaldo dilaporkan telah melabur sebanyak £40 juta untuk membangunkan judul permainan baharu itu.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • (Ulasan) nubia Neo 2 5G - Khas Untuk 'Gamer' FPS Dengan Bajet Bawah RM1,000

Sumber: IGN, UFL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY