Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

TM Cyberjaya Terbakar Punca Gangguan unifiTV Seluruh Negara

Posted on Januari 4, 2022Januari 4, 2022

TM melalui akaun Twitter unifi mereka memaklumkan bahawa kebakaran di bangunan TM di Cyberjaya telah menjejaskan perkhidmatan unifiTV di seluruh negara sejak semalam.

Jelas TM, kebakaran yang melibatkan alat UPS (Uninterruptible Power Supply) di sana memberi kesan pada sistem kuasa mereka lantas menjejaskan perkhidmatan UnifiTV.

Telekom Malaysia bagaimanapun mengatakan perkhidmatan selain unifiTV kekal berfungsi seperti biasa tanpa gangguan. Pun begitu, TMpoint Cyberjaya akan ditutup sementara dan pelanggan dinasihatkan untuk pergi ke TMpoint Kajang untuk sebarang urusan.

Kerja-kerja baik pulih telah dijalankan sejak 4 pagi hari ini dan perkhidmatan yang terjejas dijangka akan kembali beroperasi pada 3 petang ini.

*Kemaskini – Jangkaan masa kembali operasi ditukar ke jam 8 malam

 

Pada jam 9.50 malam, 3 Januari 2022, perkhidmatan unifiTV telah mengalami gangguan di seluruh negara akibat dari kerosakan sistem elektrik berpunca dari kebakaran peralatan “Uninterruptible Power Supply” (UPS) di bangunan Cyberjaya kami.

— FattahAmin X Unifi (@unifi) January 4, 2022

 

Baca juga:

  • Jika TM Gagal Kembalikan Sambungan Unifi Dalam 24 Jam, Pengguna Dapat Rebat RM50
  • Ini Syarikat ‘Telco’ Malaysia Yang Ada Kelajuan Internet Paling Laju
  • Tak Semua Telefon Sesuai Guna 5G DNB Buat Masa Ini, Termasuk iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress