Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Macam Mana Jenama Apple Mampu Mempengaruhi Pengguna

Tak Perlu Beli, Mungkin Langganan iPhone Nanti Serendah RM148 Sebulan Sahaja

Diterbitkan April 4, 2022 · Dikemas kini April 4, 2022 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, terdapat laporan mengatakan Apple sedang berkira-kira untuk “memudahkan” pelanggannya memiliki peranti iPhone keluaran mereka dengan menawarkan pelan langganan secara bulanan.

Kini, Mark Gurman menerusi laporan power on terbarunya mendedahkan harga langganan bagi pelan iPhone tersebut.

Menurut Gurman, berikut adalah harga yang mungkin ditawarkan mengikut iPhone terkini:

  • iPhone 13 (USD35/bulan) – ~RM148
  • iPhone 13 Pro (USD45/bulan) – ~RM190
  • iPhone 13 Pro Max (USD50/bulan) – ~RM210

Kata Gurman, melalui pengenalan langganan sebegini, ia membolehkan Apple menjana pendapatan jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Tambahan lagi, rata-rata pengguna iPhone kerap menaik taraf peranti mereka selepas tiga tahun penggunaan. Ini ditambah lagi dengan pengguna yang sering membeli menerusi syarikat ‘telco’ di mana mereka diikat kontrak selama 2 tahun.

Sekiranya melihat laporan terdahulu, Apple diramalkan menawarkan pelan sebegitu pada tahun 2023. Jika benar, adakah anda berminat untuk melanggannya?

Jangan keliru, langganan ini bukanlah seperti anda membayarnya secara ansuran melalui pengedar sah Apple di Malaysia mahupun membeli daripada ‘telco’. Pelan sebegini, anda tetap memilikinya setelah habis bayar.

Namun, apa yang cuba dilakukan Apple itu mirip langganan perkhidmatan sedia ada di pasaran. Contohnya Adobe Creative Cloud, Apple One, Netflix, Xbox Game Pass dan sebagainya. Anda hanya menyewanya sahaja. Apabila berhenti melanggan, anda tidak dapat menggunakannya.

Sumber: bloomberg

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Telefon Ni Kamera ‘Flagship’, Gambar Padu Tapi Harga Masih Mampu
  • Bajet Hanya RM1000, Telefon Kelas Pertengahan Ini Adalah Peranti Yang Anda Cari-Cari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY