Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Makin Laku Di China, Jenama Telefon China Lain Semua Tenggelam

Anda Mungkin Tidak Perlu Beli iPhone Kelak, Cuma Langgan Secara Bulanan

Diterbitkan Mac 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Waktu ini antara perkhidmatan Apple yang boleh kita langgan secara bulanan atau tahunan ialah Apple One, Apple Music, iCloud+ dan beberapa lagi.

Terkini, laporan mengatakan Apple sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan langganan bagi peranti pula seperti iPhone, iPad.

Ini bermakna, pengguna boleh melanggan peranti dengan bayaran bulanan, bukan membayar harganya sekaligus seperti sekarang.

Langganan ini ditambat pada akaun Apple ID dan dijalankan melalui laman web, kedai fizikal Apple, kedai dalam talian dan gudang App Store.

Dengan program ini juga, ada kebarangkalian Apple akan membenarkan pelanggan menaik taraf ke peranti terkini atau ‘swap’ apabila ia dilancarkan.

Dalam perkembangan lain, Apple dilaporkan menunda program ini kerana menumpukan perkhidmatan ansuran ‘buy now, pay later’.

Apple sedang mengusahakannya untuk akhir tahun ini namun mungkin dilaksanakan tahun 2023 atau dibatalkan langsung.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Telefon Ni Kamera ‘Flagship’, Gambar Padu Tapi Harga Masih Mampu
  • Bajet Hanya RM1000, Telefon Kelas Pertengahan Ini Adalah Peranti Yang Anda Cari-Cari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY